Beberapa organisasi media, termasuk Malaysiakini dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.
Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.
Helmi pada 11 November mengeluarkan surat kepada ketua biro semua media cetak dan elektronik yang berpengkalan di Alor Setar. Ia antaranya merungut tentang liputan berita yang didakwa dimanipulasi sesetengah pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS itu.
"Saya hanya menjalankan tugas," katanya.
Sementara itu, seorang pemberita RTM negeri Samat Majid kelihatan diiring keluar daripada bangunan selepas berjaya memasukinya sebelum itu.
Petugas media berita harian Rahmat Othman, yang berkhidmat di kedah selama 16 tahun memberitahu perkara itu kali pertama berlaku.
1 Komen :
RTM & TV3 hantarlah wartawan hampa tu pi buat liputan di Gunung Merapi. Hampa pi putar belit cerita kat sana lagi baik... bagi tau kerajaan sana tak beri bantuan pada mangsa letusan.
Kalau dah hantar wartawan lain ke sana, panggil yang di sana balik untuk buat liputan di Kedah.
Post a Comment