Anwar, Azmin punca segala masalah PKR, kata Zaid
Datuk Zaid Ibrahim hari ini terus membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali supaya berundur.
Apabila diminta wartawan mengulas lanjut kenyataannya, Zaid berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur dari kepimpinan parti.
"Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar,” katanya.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perubahan kepimpinan parti perlu dilakukan jika PKR mahu kekal relevan dalam politik negara.
6 Komen :
Racun UMNO? berat tuduhan ni..
Adakah dia ini seorang 'Shinobi'?
Bro.., Menyuruh anwar meninggalkan PKR lagi berat tuh..
betul2 perosak rakyat zaid ni...
sekarang kita tau da ejen2 umnoapco da mula merosakkan PKR...
PETANDA BESAR PRU13
anak muda reformis sabah 1998
racun tu sebenarnya yang kita tak nampak.....
zaid... zaid... taubat nasuha la...
kecian tengok zaid ni...
zaid undur cr baik la...
jgn nak dicop ejen umnoapco
gua kecewa ngan ko zaid...
mati sebelum ajal...
penyokong zaid yang kecewa
sabah
Post a Comment