BlogList Malaysia

12 November 2010

Debat - Hanya AMK Saja Lawan Setaraf Zaid

Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu.

Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya.

“Tetapkan tempat dan tarikh, pilih mana-mana medium yang dia suka, saya bersama pimpinan Angkatan Muda akan hadir bagi menceritakan perkara sebenar kepada beliau.

“Tiada guna jika perkara ini dihebahkan kepada media,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.

Beliau menyifatkan tindakan Zaid itu mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan kepimpinan PKR yang sedia ada.


Pada Isnin lepas Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada pemilihan parti dan juga melepaskan semua jawatan dalam PKR dengan alasan “terdapat penipuan dalam pemilihan”.

Beliau kemudian meminta Anwar berundur dari parti itu.

Zaid berkata menjadi tanggungjawab kepimpinan parti untuk menyiasat laporan mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan dan bukan dirinya yang harus membuktikan kepada Anwar mengenai penyelewengan itu.

Mengenai gesaan Zaid agar Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Anwar keluar PKR untuk menyelamatkan parti itu, Azmin berkata keputusan itu terletak pada tangan semua anggota parti dan bukannya mana-mana individu.

1 Komen :

MANSOR JUNUS November 12, 2010 at 3:10 PM  

Saya melihat kontraversi pengunduran Zaid ini adalah sesuatu yang baik untuk PKR kerana:

1. Seorang daripada petualang2 yang menjadi duri dalam daging PKR sudah tiada.
2. Menjadi 'wakeup call' kepada PKR, supaya lebih berwaspada, lebih telus, lebih fokus dan lebih objektif selepas ini.
Memanglah Zaid bukanlah tandingan Anwar. Padan dengan pemudanya saja sudah cukup.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas