BlogList Malaysia

11 November 2010

Zaid Ibrahim Semakin Keseorangan

Mustaffa jauhi Zaid

Satu persatu pemimpin PKR tampil mempertahankan ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub (kiri) berusaha menjauhkan diri dari Zaid, dengan mengatakan bahawa beliau menyokong sepenuhnya kepimpinan Anwar.

"Saya ingin menyatakan bahawa sokongan penuh saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Keadilan tidak pernah berubah.

"Pendirian tersebut memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi.

"Saya percaya bahawa Keadilan, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara," tegas Mustaffa.


Sebelum ini Mustaffa dilihat sehaluan dengan Zaid apabila kedua-
duanya menggesa supaya proses pemilihan pucuk pimpinan PKR ditangguhkan kerana mendakwa berlaku penyelewengan dan penipuan.

Mustaffa menghadiri sidang akhbar di kediaman Zaid pada hari Selasa, di mana beliau mengeluarkan kata-dua 48 jam kepada ibupejabat parti itu supaya menangguhkan pemilihan.

Mustaffa beredar sebelum Zaid (kanan) mula mengedarkan kenyataannya, yang menuduh Anwar dan naib presiden Azmin Ali sebagai punca masalah dalam PKR. Hari ini Mustaffa menegaskan bahawa beliau tidak menyokong serangan Zaid terhadap ketua umum PKR itu.

"Saya disalah petik '

Beliau juga mendakwa akhbar Berita Harian melakukan kesilapan dalam keterangan gambar yang bertulis "Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur, pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam".

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Datuk Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur.

"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan Keadilan 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah.

"Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Datuk Zaid dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Datuk Zaid tanpa kehadiran saya," tegasnya.

Bagaimanapun, sehingga ini, Mustaffa masih belum menyentuh tentang kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada ibupejabat PKR.

7 Komen :

Anonymous ,  November 11, 2010 at 11:46 PM  

Terjun pakai paracut?, atau Luncai terjun dengan labu-labunya?. Biarkan...biarkan.

Anonymous ,  November 12, 2010 at 2:21 AM  

Kenapa pemilihan PKR dihuru-harakan?

Selain untuk mengendurkan DSAI dan Azmin yang takkan bekerjasama dengan UMNO/BN.

Sebab lain adalah kerana UMNO/BN tidak ingin sistem pemilihan berasaskan ahli dilaksanakan. Keadaan ini jika berjaya akan menghuru-harakan parti-parti mereka yang menggunakan sistem perwakilan. Ini memandangkan hasrat ahli bawahan dalam memilih pemimpin mereka sendiri terhalang dengan wujudnya perwakilan mampu dicucuk hidung. Jika sistem ahli mana mungkin setiap hidung mereka dicucuk dan ditarik sesuka hati.

Anonymous ,  November 12, 2010 at 2:21 AM  

Kenapa pemilihan PKR dihuru-harakan?

Selain untuk mengendurkan DSAI dan Azmin yang takkan bekerjasama dengan UMNO/BN.

Sebab lain adalah kerana UMNO/BN tidak ingin sistem pemilihan berasaskan ahli dilaksanakan. Keadaan ini jika berjaya akan menghuru-harakan parti-parti mereka yang menggunakan sistem perwakilan. Ini memandangkan hasrat ahli bawahan dalam memilih pemimpin mereka sendiri terhalang dengan wujudnya perwakilan mampu dicucuk hidung. Jika sistem ahli mana mungkin setiap hidung mereka dicucuk dan ditarik sesuka hati.

Anonymous ,  November 12, 2010 at 9:44 AM  

hoi PKR....
korang fikir baik2 apa aku nak cakap nie....

dalam UMNOAPCO ada yang memburukkan NAJIB???? TAKDA KAN....

jadi kenapa korang PKR nak BURUKKAN ANWAR IBRAHIM????
APA SALAH ANWAR???

KALO GENG2 KATAK TU FAHAM2LAH...

APA YANG PASTI INILAH KALI PERTAMA DIMALAYSIA SATU AHLI SATU UNDI!!!
SYABAS PKR PAKATAN RAKYAT!!!

GELABAH DAH UMNOAPCO TU....

TENANG...

puakPAS ,  November 12, 2010 at 2:36 PM  

“Anwar merupakan manusia yang tidak bernasib baik, sentiasa dikhianati oleh teman-teman setianya”, kenyataan yang aku terpaksa terima walaupun pedih dalam setiap kali timbul perbincangan yang menyentuh Anwar sebagai “pemimpin reformasi di Malaysia”.
Apabila Zaid Ibrahim mengeluarkan kenyataan songsang supaya Anwar meletak jawatan sebagai penasihat PKR, orang ramai dan penyokong PKR tidak terasa pedihnya, bahkan mengembalikan semula tukul ke mukanya, Zaid Ibrahim seperti “seorang tetamu menghalau tuan rumah yang ditumpangnya”.
Namun apabila Mustafa Kamil Ayub mengikuti jejak Ezam, Zulkifli Nordin, Zahrin, Sidek Baba, maka pedih dan sedihnya terasa sampai ke tulang hitam. Adakah Mustafar Kamil Ayub boleh dianggap sebagai seorang sahabat yang setia kepada Anwar, apabila tanpa rasa malu aib beliau sanggup menikam Anwar dihadapan media musuh?. Adakah Anwar masih mahu menyimpan seorang sahabat yang mempunyai hati dan tingkah laku seperti “gunting dalam lipatan”?.

puakPAS ,  November 12, 2010 at 2:38 PM  

Benar Mustafar mengeluar kenyataan bahawa beliau tidak terlibat mengeluarkan kenyataan yang mendesak Anwar berundur. Dimana belaiu menyatakan bahawa hanya Zaid sahaja yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Namun beliau mesti ingat bahawa realitinya adalah berbeza, dimana perbuatannya menghadiri majlis dan tersengih bersama musuh yang menghentam sahabat sendiri, merupakan suatu bukti yang tidak boleh ditutup dengan niat.
Kenyataan Mustafa Kamil selepas itu, adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan. Dimana setelah hancur lumat media UMNO menghentam Anwar dengan modal kenyataan tersebut, beliau membuat kenyataan melepaskan diri, “Zaid seorang sahaja yang bertanggungjawab, aku tak pernah menyatakannya”. Kalau pelbagai andaian jahat sangka boleh dibuat, nescaya aku mengatakan bahawa : “penafian Mustafa setelah dimarahi oleh isterinya sendiri”.

bersambung-

puakPAS ,  November 12, 2010 at 2:39 PM  

Mustafar dalam suratnya berkata : “Saya memberi amaran agar jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan fakta dan menabur fitnah dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti Dato’ Seri Anwar, saya sendiri dan pemimpin-pemimpin parti yang lain”.
Subhanallah! Apa lagi makna kenyataan ini kepada maruah Anwar, siapa sebenarnya yang “menabur fitnah dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti Dato’ Seri Anwar”.
Diakhir surat ditulis : “Saya dengan ini menuntut supaya Berita Harian memohon maaf secara terbuka dan membuat pembetulan atas laporan tersebut dalam tempoh 24 jam”.
Siapa yang menjemput wartawan Berita Harian untuk datang ke majlis sidang akhbar tersebut?. Bukankah telah menjadi dasar parti bahawa kenyataan mengenai dalaman parti tidak boleh mengunakan media dan saluran musuh?. Bukankah tujuan diadakan sidang media tersebut untuk diketahui rakyat umum disetiap pelusuk dunia?.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas