Belanja besar: Sultan S'gor batal hadiri majlis jamuan Baginda percaya keberangkatan Baginda ke majlis tersebut dapat menyuntik semangat warga kerja Yayasan Selangor dan juga bagi menghargai jasa mereka dalam membantu meningkatkan pendidikan anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran yang dapat menjamin masa depan yang lebih cerah. Di samping itu Baginda berharap dapat bermesra dengan anak-anak di bawah kelolaan Yayasan Selangor dan untuk memberikan motivasi agar mereka dapat belajar dengan lebih gigih. Walau bagaimanapun, Baginda merasa terkejut dan amat dukacita apabila mendapat maklum bahawa kos perbelanjaan untuk Majlis Sambutan Ulang Tahun ini amat tinggi, ianya merupakan satu pembaziran dan tidak berfaedah. Baginda berpendapat wang tersebut adalah lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau digunakan untuk membiayai lebih ramai pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan selaras dengan visi, misi dan objektif penubuhan Yayasan Selangor. Baginda juga telah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Yayasan Selangor sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dan kos yang terlibat.
Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran Yayasan Selangor Isnin ini kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi.
Baginda menyifatkan jumlah perbelanjaan sebesar itu bagi majlis makan tengahari sempena sambutan ulang tahun ke-40 penubuhan Yayasan Selangor sebagai satu pembaziran.
Majlis itu dijadualkan di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Berikut adalah kenyataan penuh sekretariat akhbar kerajaan negeri Selangor:
Adalah dimaklumkan bahawa D.Y.M.M. Sultan Selangor telah membatalkan hasrat Baginda untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor yang akan diadakan pada hari Isnin, 15 November 2010, di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Pada mulanya Baginda telah berkenan berangkat menghadiri majlis tersebut, atas dasar Yayasan Selangor merupakan badan kebajikan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab memantapkan pendidikan anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dari kawasan luar bandar di Selangor.
Pada asalnya Majlis yang dicadangkan adalah Majlis Makan Malam, Baginda berpendapat Majlis Makan Malam akan menelan belanja yang tinggi dan Baginda telah menitah dan menasihatkan Yayasan Selangor untuk mangadakan Majlis Makan Tengahari.
Akhir sekali Baginda menasihatkan Yayasan Selangor untuk lebih prihatin dalam menguruskan kewangannya dan memberikan fokus ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas penubuhannya.
Ramai jangka Mike Tyson menang lawan Jake Paul
38 minutes ago
7 Komen :
MB Selangor ni memang tak boleh pakai, banyak benda beliau tak nak ambil tahu.
Alhamdulilah, nampaknya Baginda Sultan Selangor sudah memahami aspirasi Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat.
Yayasan Selangor wajar hantar menu pada MB Selangor, dan sisipkan salinan kepada MB Kedah yang paling pandai dalam hal berjimat cermat... untuk mendapat komennya.
Kroni tak dapat makan komesin
pigirah..
dia slama ni dapat emolumen berkoyan2 dia ada fike pasal rakyat??? lancau!
duduk dalam istana..hamba dok la rumah setinggan..ada dia sndiri serah duit kat rakyat dia???
lancau
lancau
lancau
lancau
Alhamdulilah..
Macam ni lah baru kata Sultan yang faham masaalah rakyaat...bukan macam orang politik..menghabiskan duit rakyaat..
Buat makan tengahari nasi ayam je ok apa..pakai meja lipat x payah bersapra2 bunga2 dalain2 lagi ..membazir..
tahniah sultan...tapi jgn masa ni tegur tentang pembaziran...sedangkan belanja utk raja2 ni memang tinggi ..mintak tuanku tengok yg majlis lama sgt2 tinggi kosnya....juga belanja mb dulu ke disneyland pun berjuta2...guna duit rakyat bawak anak bini...
Jangan pula waktu ni tahu nak fikir pasal jimat. Bagaimana pula majlis untuk raja2 melayu,majlis untuk menteri2 kabinet najib, mungkin belanja lebih besar dan mewah kot. Sudah jangan nak hipokrit.
Post a Comment