BlogList Malaysia

09 November 2010

Baik Kau Berambus Shaitan...

Zaid Kembali Ke Zaman Mabuk!

Apalah rasionalnya Zaid menyalahkan Anwar dan Azmin berhubung kemalangan yang diterimanya hari ini? Beliau telah melepas semua jawatan dan menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Kononnya beliau berbuat begitu kerana tidak percaya kepada PKR, tentunya kepada Azmin dan juga Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan.


Sebagai ahli beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang. Sikap marahkan nayamuk membakar kelambu adalah bodoh.

Pada saya Zaid tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan demikian. Ia bukan satu penyelesaian. Kalau dia masih berharap untuk meperbaiki PKR caranya bukan begitu. Zaid perlu ingat dan sedar diri bahawa sewaktu rumah PKR di bina beliau berada jauh dari pembinaan itu. Bahkan beliau berada di sebelah sana. Sumbangan Zaid kepada PKR dan juga reformasi tidak sampai sekacip pinang pun.
Celaru atau tidak PKR, Anwar, Azmin dan rakan mereka yang lain ternyata bejaya meletakkan PKR ke puncak yang dirundui oleh Zaid. PKR berjaya menawan empat buah negeri bersama Pas dan DAP. Bukankah atas kejayaan itu maka Zaid terkindir-kindir dan terkenyeh-kenyeh untuk memasukinya?

Kerana percaya PKR lebih baik dari Umno itulah maka Zaid hadir untuk menumpang kemudian mengakarkan diri kemudian menguasai diri dalam PKR. Kenapa selepas beliau merasakan hendak kalah dalam pertandingan yang penuh tektikal itu baru nampak yang PKR buruk dan huduh. Tidakkan sepanjang pertandingan itu Zaid juga turut sama melakukan kegiatan yang huduh dan buruk? Cara hanya nampak salah orang dan melindungi salah kita, tidak betul dong.

mso

5 Komen :

Anonymous ,  November 9, 2010 at 11:02 PM  

Aku dah kata zaid adamuslihat atau egen suruhan umno

Anonymous ,  November 9, 2010 at 11:30 PM  

sedihnye bila ada pemimpin yg ada kepentingan peribadi begini...sya berharap sgt2 penyokong PKR dan PR tidak terganggu emosi dgn isu ini..teruskan agenda dan perjuangan kita utk menawan putra jaya..INSYAALLAH...

Anonymous ,  November 10, 2010 at 6:36 AM  

zaid... zaid... taubat nasuha la...
kecian tengok zaid ni...
zaid undur cr baik la...
jgn nak dicop ejen umnoapco
gua kecewa ngan ko zaid...
mati sebelum ajal...

penyokong zaid yang kecewa
sabah

Anonymous ,  November 10, 2010 at 10:53 AM  

Akau rasa Datuk Zaid kurang berpengalaman dalam Politik dan tidak tahu maana Politik.Mana ada Politik betul,semuanya penipu .Politik sekarang Politik cari makan saja.

Anonymous ,  November 10, 2010 at 4:00 PM  

Alaaa ... saari Fadzil ketua Cabang Kulim Bandar Baru pun dapat duit dari Zaid Juga ... Lawan Saari Fadzil Ismail Hassan pun dapat duit dari Zaid ... siapa yang main Politik Wang ????
Tak caya ??? tanyalah dua tokoh tadi ..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas