Sebagai membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telus dalam menjalankan proses pemilihan langsung parti berkenaan, semua media dijemput untuk membuat liputan proses pemilihan peringkat pusat parti itu.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman melalui email yang dihantar kepada media tempatan kira-kira jam 7 malam tadi memaklumkan hal itu.
" Sila pilih dari 81 Cabang yang bakal mengadakan pengundian minggu ini," tulis Sharifah dalam email yang turut diterima Tv Selangor.
Difahamkan keputusan yang diambil Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) itu bertitik tolak daripada gesaan yang dibuat oleh calon Timbalan Presiden PKR,Mustaffa Kamil Ayub.
Tengahari tadi, Tv Selangor turut menerima satu kenyataan media dari Mustaffa yang memberi amaran kepada Presiden PKR dan pengerusi JPP supaya segera bertindak.
Memorandum berkenaan bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010.
Mustaffa dalam kenyataannya turut menyebut lebih 162 aduan telah diterima di samping tindakan JPP yang berat sebelah, namun ia dipertikai oleh JPP yang mendakwa hanya 6 aduan diterima.
Sabtu ini, 13 November, 41 cabang akan mengadakan proses pemilihan antaranya di Pulau Pinang [Nibong Tebal, Bukit Bendera, Bukit Gelugor, Bayan Baru, Balik Pulau], Wilayah Persekutuan [Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Johor [Segamat, Ledang, Bakri, Muar], Selangor [Sepang].
Manakala Terengganu [Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Marang, Kuala Terengganu], Sabah [Batu Sapi, Kinabatangan, Semporna, Kalabakan, Labuan], di Perak pula [Gopeng, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datok, Teluk Intan, Tanjung Malim], Melaka [Kota Melaka, Jasin] manakala di Sarawak [Mas Gading, Petra Jaya, Stampin].
Sementara pada Ahad, 14 November pula, Wilayah Persekutuan [Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak], Johor [Parit Sulong, Sri Gading, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kluang, Sembrong].
Cabang di Sarawak yang mengadakan pemilihan pada Ahad pula ialah [Sri Aman, Betong, Julau, Lanang, Bintulu, Miri], Wilayah Persekutuan Putjaya [Putrajaya],
Selangor [Kuala Langat, Kota Raja, Klang, Kapar, Shah Alam, Subang, Petaling Jaya Utara, Petaling Jaya Selatan].
Di Pulau Pinang pula cabang yang akan mengadakan pemilihan ialah cabang Tanjong dan Jelutong.
09 November 2010
Penipuan Dalam Pemilihan PKR Hanya Mainan Ejen Umno
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
5 Komen :
Wayang gambar dengan pelakunnya.
mula,
Kalau Khalid bertanding, saya tak bertanding. Kalau NurulIzah bertanding saya undur diri.
kemudian,
Terdapat rasuah politik dalam pemilihan, beli undi, orang yang tak ada nama boleh mengundi.
kemudian,
JPP memihak kepada calon tertentu, kertas undi boleh dibeli, kepimpinan bersikap berat sebelah, kesal Anwar menyokong Azmi.
Akhirnya,
letak semua jawatan dalam parti, tarik diri dari bertanding, Anwar dan Azmi mesti letak jawatan ....
akan datang ...
PKR parti membela individu, Anwar ejen barat, Anwar menjual perjuangan kepada DAP, Anwar memang terlibat dgn kes liwat Saifool.
fikirlah kedua2 belah.....logik ke keputusan kat sabah....dasar bekasan UMNO yg x mau berubah
TAHNIAH BUAT PKR!!!!
GUA SANGAT GEMBIRA...
AKHIRNYA PKR BERJAYA MENGESAN TAIKO2 PUAK EJEN UNMOAPCO BN SEBELUM PRU13....
KECIAN ZAID DAN MUSTAFFA SANGGUP MEMBELAKANGKAN AJARAN ISLAM...
ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH YA ALLAH...
TERIMA KASIH BAGI PETUNJUK INI...
SELAMATKAN PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT YA ALLAH...
INSYAALLAH... PAKATAN RAKYAT PASTI KE PUTRAJAYA...
LIHAT SAJALAH KUBAH PUTRAJAYA DAH SIAP BERWARNA HIJAU... BUKAN BIRU...
TAKBIR... ALLAHU AKBAR..
REFORMASI REFORMASI
LAWAN TETAP LAWAN...
Cr Haji Tambrin
BETUI BETUI HANYA SENDIWARA AJEN UMNOAPCO,BAIK ZAID BERAMBUS SAJA KELUAR PKR,BAGI AHLI MENYEBUK AJE,BIJAKKAH DIA NI MCM BIASAJE,APA PERJUANGANNYA DGN PKR,KALAU ANWAR,AZMIN NYATA TERBUKTI,TERBALIKLAH SEPATUTNYA ZAID YG BERAMBUSSSSSSS
Ha Ha Ha .......
Itu agen UMNO,
Ini agen UMNO,
Sana agen UMNO,
Sini agen UMNO,
Atas agen UMNO,
Bawah agen UMNO,
Kiri agen UMNO,
Kanan agen UMNO,
Depan agen UMNO,
Belakang.....
Jangan usik...Pak sheikh Anwar AlJub punya agen.
Ha Ha Ha.. He He He .. Ho Ho Ho..
muah muah muah..
Post a Comment