Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata telah tiba masanya rakyat Malaysia untuk mengubah kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, dengan menghukum Barisan Nasional(BN) akibat dari pemborosan perbelanjaan melampau yang dilakukan.
Beliau menjelaskan demikian ketika ditanya mengenai jawapan bertulis oleh Parlimen, berkenaan sejumlah RM26,000 sehari atau RM 9.4 juta setahun yang dibelanjakan, sebagai bayaran sewa dan penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Ser Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.
Dalam laporan yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, Menteri Kewangan mengesahkan RM6 juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran.
Selain itu, kerajaan turut mengumumkan peruntukan RM65 juta untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini.
"Perancangan yang cukup haru biru, yang tidak ada penentuan, kerana rumah Seri Perdana itu milik kerajaan, bukan milik Perbadanan Putrajaya.
"Beban kesan akhirnya adalah kepada rakyat yang akan menanggung, sedangkan konsep mendirikan Seri Perdana itu menyeragami, sama dengan Putrajaya. Mengapa harus dipisahkan antara hak kerajaan dengan hak Perbadanan Putrajaya?" soalnya.
Abdullah menjelaskan, dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir ini gagal, kerana sehingga kini, tidak jelas kejayaan yang dapat dibuktikan melalui dasar tersebut, selain dari beban akhir yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia.
"Tunjukkan kepada saya mana satu (dasar) swasta yang berjaya? Semua gagal kerana kesan buruknya rakyat (yang) terpaksa menanggung. Api (elektrik), air telefon, pengangkutan. Semua ini rakyat yang tanggung," tambahnya.
"Silap-silap, esok bukan kata masjid, tandas diswastakan. Silap-silap, semua hakmilk (tanah) wakaf pun diswastakan. Rakyat tidak harus dibebankan dengan falsafah penswastaan, dan negara ini (telah menjadi) negara penswastaan," jelas Abdullah.
Justeru, Abdullah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengukum Barisan Nasional dan mengangkat Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang baru untuk mengembalikan hak rakyat di negara ini.
Bahawa Umno ini tak pernah nak membantu rakyat. Tidak pernah menyelamatkan harta negara, tidak ada kesan baik kepada rakyat. Yang difikirkan ialah dirikan bangunan. Sudah sampai masanya rakyat, ayuh kita perbetulkan negara yang swasta ini, ujarnya. - TVS
Kedah: Tiga termasuk suami isteri maut kemalangan
20 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment