BlogList Malaysia

27 October 2010

KCS Khianati Kerajaan Pakatan Kedah

Parti Gerakan akan dedahkan empat lagi surat dari Pejabat Tanah dan Galian Kedah kepada syarikat pemaju yang dapat kuota 70-30. Maksudnya 70 % rumah mesti dijual kepada Bumiputera. Sebelum ini dia dah dedah tiga.

Mai kita sedut balik berita yang disiarkan oleh Bernama pada 18 Oktober 2010:

Pengerusi Jawatankuasa dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam satu kenyataan di Alor Setar hari ini berkata dakwaan yang dibuat oleh pemimpin MCA dan Gerakan tentang syarat pemilikan untuk Bumiputera dinaikkan sehingga 70 peratus adalah tidak benar. "Apa yang sebenarnya berlaku ialah sebuah syarikat pemaju membuat permohonan kepada saya untuk menjual 30 peratus kepada bukan Bumiputera, syarat yang dibuat adalah atas permintaan pemaju itu sendiri," katanya. Berkaitan isu kuota …. (potong setakat ni, tak berapa penting)

Dalam waktu yang sama Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak juga menafikan dengan sekeras-kerasnya wujud kuota baru 70-30 yang membangkitkan kemarahan orang Cina.


Saya tak fikir Phahrolrazi dan Ustaz Azizan berbohong dalam isu ini. Ustaz Azizan cukup takut Cina tak sokong PAS, sebab tu apabila ahli-ahli PAS desak tutup semua premis judi dia memberi alasan ‘kita perlu sokongan Cina’. Apabila orang Cina marah kerajaan perkenalkan kuota perumahan 50-50 pun Ustaz Azizan sudah gelabah bewak, takkanlah dia bersetuju pula nak naikkan syarat jualan untuk Bumiputera sampai 70 peratus. Tak lojik!

Phahrorazi mengaku dia beri syarat kuota 70-30 hanya kepada sebuah syarikat pemaju. Bukan dua, bukan tiga, bukan tujuh. Itu pun atas persetujuan pemaju. Takkanlah pula tiba-tiba enam lagi pemaju datang sembah Phahrolrazi setuju pula 70-30. Aitt.. takkanlah boleh fikir sama setuju 70-30. Macam angka tu dirancang saja. Patutnya mintalah angka lain.. 55-45, 60-40, 80-20, 90-10 ke.. (angka ni aku buat contoh, jgn ada balik dok tikam pulak). Kesimpulannya kalau kata Pahrolrazi keluarkan kebenaran kepada begitu banyak syarikat pemaju dengan kadar 70-30 pun tak lojik!

Apa yang lojik dan sebenarnya berlaku ialah ia permainan pegawai-pegawai dalam kerajaan negeri yag dipanggil KCS yang duduk di Bahagian Perumahan tu. Surat syarat kuota yang dikeluarkan itu bukan oleh Exco tapi oleh KCS. Depa yang pandai-pandai ambik satu kes contoh yang Phahrolrazi benarkan untuk ‘dipaksakan’ kepada pemaju lain ikut.

Bila sebut KCS bukan saya maksudkan semua, cuma segelintir yang mendapat arahan langsung dari UMNO di luar sana. Mereka buat kerja untuk sabotaj kerajaan negeri. Rakyat awam di luar saja tak tahu siapa individu terbabit, tapi di kalangan KCS sendiri cukup kenal siapa antara mereka yang sehingga kini masih berkhiblatkan pemimpin BN. Nak dedahkan nama? Boleh dedah, tapi bukan sekarang.

Tudia laa pecaya sangat dengan puak-puak tu. Waktu awal ambik alih kerajaan senarai nama KCS yang nak sabotaj kerajaan telah diserah pada Menteri Besar tapi dia tak percaya. Kalau ada Exco yang nak burukkan sikit KCS tertentu (bukan semua) maka teruklah Exco tu kena jerkah. Lanie orang yang hangpa pecaya tu dok jolok mata dengan jari hantu.

Saya dedahkan ni bukan nak bertujuan nak jatuhkan kerajaan tapi nak pertahankan kerajaan. Kita masih ada masa kira-kira dua tahun lagi untuk betulkan keadaan. Alhamdulillah umumnya KCS lanie bekerja dengan professional tapi cuma segelintir yang jadi gunting dalam lipatan. Tapi nak buat kerja pelingkop kerajaan ni tak nanti banyak, sekog dua pun dah cukup. Hak sekog dua ni Ustaz Azizan kena bertegas betul-betul.

(Nota: Saya menafikan dakwaan bahawa LAH 47 adalah Abdullah Hashim @ Lah 46 seorang pengkhianat kepada kerajaan PR Kedah)

Oleh: LAH 47, SUNGAI LIMAU

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas