Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata telah tiba masanya rakyat Malaysia untuk mengubah kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, dengan menghukum Barisan Nasional(BN) akibat dari pemborosan perbelanjaan melampau yang dilakukan.
Beliau menjelaskan demikian ketika ditanya mengenai jawapan bertulis oleh Parlimen, berkenaan sejumlah RM26,000 sehari atau RM 9.4 juta setahun yang dibelanjakan, sebagai bayaran sewa dan penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Ser Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.
Dalam laporan yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, Menteri Kewangan mengesahkan RM6 juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran.
Selain itu, kerajaan turut mengumumkan peruntukan RM65 juta untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini.
"Perancangan yang cukup haru biru, yang tidak ada penentuan, kerana rumah Seri Perdana itu milik kerajaan, bukan milik Perbadanan Putrajaya.
"Beban kesan akhirnya adalah kepada rakyat yang akan menanggung, sedangkan konsep mendirikan Seri Perdana itu menyeragami, sama dengan Putrajaya. Mengapa harus dipisahkan antara hak kerajaan dengan hak Perbadanan Putrajaya?" soalnya.
Abdullah menjelaskan, dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir ini gagal, kerana sehingga kini, tidak jelas kejayaan yang dapat dibuktikan melalui dasar tersebut, selain dari beban akhir yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia.
"Tunjukkan kepada saya mana satu (dasar) swasta yang berjaya? Semua gagal kerana kesan buruknya rakyat (yang) terpaksa menanggung. Api (elektrik), air telefon, pengangkutan. Semua ini rakyat yang tanggung," tambahnya.
"Silap-silap, esok bukan kata masjid, tandas diswastakan. Silap-silap, semua hakmilk (tanah) wakaf pun diswastakan. Rakyat tidak harus dibebankan dengan falsafah penswastaan, dan negara ini (telah menjadi) negara penswastaan," jelas Abdullah.
Justeru, Abdullah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengukum Barisan Nasional dan mengangkat Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang baru untuk mengembalikan hak rakyat di negara ini.
Bahawa Umno ini tak pernah nak membantu rakyat. Tidak pernah menyelamatkan harta negara, tidak ada kesan baik kepada rakyat. Yang difikirkan ialah dirikan bangunan. Sudah sampai masanya rakyat, ayuh kita perbetulkan negara yang swasta ini, ujarnya. - TVS
27 October 2010
Urus Seri Perdana RM26,000 Sehari : Pemborosan Melampau
17 October 2010
RM65 Juta Ubahsuai Kediaman Rasmi Najib Pada Tahun Hadapan
Ubah Suai Sri Perdana RM65 JutaKediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta. Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.
Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.
Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta. Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah.
Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi anggap satu lagi pembaziran dana rakyat. Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing.
Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.
"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit.
"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk mebiayai kehidupan seharian. "Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali,"katanya. - ASD
