Mkini 'dihalau' daripada bilik media AGM Umno
Malaysiakini diminta dikeluar daripada bilik media di perhimpunan agung Umno kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti itu.
Kesemua lapan wartawan portal berita bebas itu diberitahu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan bilik media oleh seorang pegawai sekretariat perhimpunan itu.
Perkara itu berlaku walaupun setiausaha agungnya Tengku Adnan Tengku Mansor dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pada 5 Oktober lalu menjanjikan sedia mengeluarkan pas berkenaan.
"Sesiapa yang tidak memiliki tag, tidak dibenarkan berada dalam pusat media," kata pegawai berkenaan sambil memberitahu bahawa wartawan terbabit turut dilarang memasuki dewan tempat persidangan berlangsung.
Menurut pegawai terbabit, arahan tersebut dikeluarkan terus daripada setiausaha agung.
Usaha menghubungi Tengku Adnan setakat ini belum terhasil tetapi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberitahu di laman Twitter, beliau akan meneliti aduan tersebut.
Pusat media berkenaan menyediakan kemudahan meja, televisyen kemudahan soket elektrik untuk kemudahan petugas media mengikuti persidangan tahunan mereka.
Sejak beberapa tahun lalu, Malaysiakini dibenarkan menggunakan tersebut tanpa gangguan walaupun dinafikan pas media.
Bagaimanapun, petugas Malaysiakini akan terus menghantar laporan persidangan tiga sayap Umno hari ini yang ditulis sekitar ruang legar di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
20 October 2010
Umno Halau Wartawan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment