Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengecam pemimpin yang baru menyertai parti yang didakwa bersekongkol dengan media Umno untuk menghancurkan parti.
Beliau yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR berkata, pemimpin itu mencerca dan pempersoalkan pimpinan parti secara terbuka melalui akhbar milik Umno.
Katanya, jangan ingat dalam demokrasi akan bebas segala-galanya dan bercakap kepada media yang yang sebelum ini kita kata `kertas tandas.’ Bagaimanapun, ahli parlimen Gombak berkata, beliau akan melawan mana-mana individu yang sanggup menghancurkan parti.
Beliau turut meminta ahli PKR menolak pemimpin ini sebaliknya memilih pemimpin yang telah terbukti kesetiaannya kepada perjuangan parti. "Individu (pemimpin) ini telah mempertikaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum parti kita.
“Siapa kita nak pertikaikan Anwar Ibrahim. Cermin muka dulu, kalau kita jadi pemimpin adakah kita boleh bawa agenda reformasi,“ katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat PKR cabang Gombak hari ini yang dihadiri kira-kira 100 orang.
Individu ini, kata Azmin turut memperkecil-perkecilkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali.
“Jawatan presiden yang disandang oleh Dr Wan Azizah, dia kata boneka sahaja. Syed Husin , pemimpin yang cukup berpengalam yang menghambakan diri kepada perjuangan parti pula dia kata nyanyuk atau nyanyu.
“Individu ini baru setahun menyertai PKR tetapi tidak faham agenda reformasi yang ditegaskan dalam dekrelasi Permatang Pauh 10 tahun yang lalu,”katanya.
Azmin menambah, "adakah pemimpin ini yang hendak kita pilih menjadi pemimpin parti kita."
Menurutnya, setelah menang besar pada 2008, gerombolan datang untuk masuk PKR dan parti menerima dengan tangan terbuka.
Tetapi, katanya, ada juga yang masuk untuk merosakkan parti.
Dalam ucapan kira-kira 40 minit itu, orang kuat Anwar itu turut menempelak beberapa pemimpin lain yang telah melompat parti.
"Ada ahli yang baru dua tahun menjadi ahli parlimen melompat parti, ada wakil rakyat yang khianat dan ada pemimpin yang tidak tahan diuji lompat parti dan dapat jawatan Senator," katanya.
Azmin ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau akan mencadangkan kepada parti supaya mengadakan sistem iaitu mengutamakan kesetiaan sebelum boleh bertanding.
Katanya, dua tahun pertama setelah menyertai PKR adalah untuk melihat dan menguji kesetiaan.
"Selepas dua tahun barulah mereka bertanding jawatan parti, mungkin cara ini lebih baik kepada parti," katanya. -FMT
04 October 2010
Seronok Tengok Azmin Bantai Zaid.. Teruskan Azmin..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
azmin
,
pemilihan
,
zaid ibrahim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
5 Komen :
salam jeebond, jom tukar link dengan teman http://cikgupj.blogspot.com/
teman dah letak kat link 1 di blog teman, TQ.
Salam cikgu.. Tak ngajar ke hari nie.. hahaha.. Blog cikgu dah saya linkkan ke bloglist 2.. Terima kasih cikgu..
heheh...
masa prk hulu selangor bukan main semangat admin blog ini main psywar bantu kempen Zaid.
Rupa-rupanya puak-puak pas nie mudah sangat kena tipu. bodoh melantun-melantun.
hehehe...
mudah sangat nak diperbodohkan lebai pas nie.
mudah sangat bro..
mudah sangat...
kacang jer..nak kencing org pas nie..
kacang bro..
Anon 10.10. Ko paham ke tak maksud perang.. Masa prk hulu selangor itu adalah peperangan sebenar melawan musuh yang jahat.. Tentulah semua ahli dan parti PR kena bersatu melawan musuh yang ternyata jahat tuh. Tapi sekarang perang dalaman yang masih dalam ikatan persaudaraan.. Maksud aku perang dalam parti dalam mencari pengaruh akar umbi parti.. Alah.. cakap lebih2 pon ko mesti tak paham punya.. Puak2 macam ko memang dah ditakdirkan dilahirkan semulajadi bengap.. hehehe
Lagi satu.. ko kompom tak paham bahasa kiasan kan.. Yang tersirat disebalik tersurat.. hehe
hahah..
realitinya tetap sama..dulu dianggap wira kali ini dianggap sampah..
heheh..
admin blog ini ditakdirkan untuk menjadi melantun-lantun..
baik ko cek akuan fasebuk bini ko..dapat maklumat dia sudah main kayu 3.ops..!
heheh..
fitnah tuh..tapi lebai pas lebih percaya pada fitnah macam gambaq tian chua buat najib altantuya dan razak baginda..
tian chua dah declare benda tuh tipu tapi lebai pas yang mangkuk dok jaja lagi.
nampak x senang sangat bodohkan lebai pas nie..
heheh..
Post a Comment