Raja Petra Kamarudin, yang kononnya dianggap sebagai seorang penulis blog politik bebas, tetapi sebenarnya berpihak kepada pembangkang dikatakan kini tidak lagi sehaluan dengan
Pakatan Rakyat.
Menurut portal berita The Malaysian Insider, Raja Petra, juga dikenali sebagai RPK, menyatakan rasa kurang senang dengan apa yang beliau dakwa kegagalan Pakatan memenuhi manifesto pilihan raya sekalipun sudah menguasai beberapa buah negeri selama lebih dua setengah tahun.
Pernyataan rasa kecewa RPK dilahirkan pada majlis dialog dengan rakyat Malaysia di London pada Ahad yang turut dihadiri oleh pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RPK juga mengancam menarik diri daripada menyokong PR dalam pilihan raya kecil Galas akan datang oleh kerana PR telah gagal memenuhi janji yang dipersetujui sebelum pilihan umum Mac 2008.
Sebagai respons kepada pernyataan RPK, Anwar meminta agar ada persefahaman dan mendakwa banyak pembaharuan tidak dapat dilaksanakan tanpa kawalan kerajaan persekutuan.
- Bernama
04 October 2010
Raja Petra Berpatah Arang Dengan Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Dah ramai tarik diri...bahkan dah jadi YB dan MP PKR pun tarik diri..jadi nak hairan apa.
Biasalah tu...ada suka ada tak suka.
Post a Comment