Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi hari ini semasa program wacana perdana bertajuk Wawasan 2020: Realiti atau Ilusi telah diboo oleh orang ramai yang hadir kerana beliau jawapan yang diberikan beliau tidak boleh diterima oleh hadirin.
Program yang diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre malam tadi dimoderasi oleh Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof. Panel-panel yang lain dijemput bersama dengan Puad ialah ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman.
Boleh dikatakan amat jarang ada ahli kabinet yang diboo orang ramai sepertimana yang menimpa Puad apabila mengatakan negeri Kelantan tidak disisih dalam konteks semangat federalisme di negara ini. Beliau juga menegaskan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bukannya usaha kerajaan pusat mengganggu gugat negeri Kelantan.
Jawapan itu yang diibaratkan Puad yang cuba memperbetulkan kefahaman rakyat negeri itu dengan menganggap orang Kelantan tidak memahami makna federalisme. Belum pun sempat Puad menjelaskan isu tersebut, orang ramai mula meneriak dan memboonya berkali-kali.
Pemerhati dan hadirin program berkenaan kurang bersetuju dengan beberapa jawapan Puad sejak awal lagi kerana banyak jawapannya dilihat lebih bersifat teknikal yang sukar difahami orang ramai yang memenuhi ruang dewan tersebut.
Wacana siri keenam itu adalah dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Pada wacana yang diadakan pertengahan tahun lepas, Puad telah membatalkan kehadiran di saat-saat akhir. Dan kerana itu, pihak urusetia telah menjemputnya sekali lagi ke program malam tadi.
Semasa menjawab isu tuntutan royalti minyak kerajaan Kelantan, Puad tetap mengulangi pendirian kerajaan pusat dengan mengatakan negeri ini tidak layak menerimanya. Jawapannya disertakan dengan alasan bahawa telaga minyak dan gas adalah terletak lebih dari tiga batu nautika.
Beliau kemudiannya dijawab oleh panel berikutnya, Saifuddin yang membentang fakta perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.
Apabila Dr Puad menyebut fakta mengenai batu nautika itu sekali lagi, penonton marah dan mendakwanya sebagai bohong atau bergurau. Akhirnya, beliau tidak mahu menghurai panjang isu berkenaan kerana ia sudah dibawa ke mahkamah oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun ramai di kalangan mereka yang juga pendidik dan profesional amat tidak senang dengan jawapan diberi Puad dalam banyak isu. Jawapan timbalan menteri hanya berkisar pada hal yang sama saja tanpa ada hujah yang bernas.
Semasa sidang media selepas itu, Puad dikatakan agak terkilan kerana mendakwa penonton tidak dapat mengawal emosi. Namun begitu, beliau memuji penganjuran wacana seperti ini supaya dapat melahirkan generasi muda yang lebih terbuka.-KLToday.com
04 October 2010
Puad Zakashi Diboo Kerana Cuba Memperbodohkan Rakyat Kelantan
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
kelantan
,
puad zakashi
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment