BlogList Malaysia

14 October 2010

Perbicaraan Kes Liiwat Saifool

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan bermula semua hari ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur. Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya sekitar jam 9.30 pagi tadi. Sebelum saksi pendakwa dipanggil, peguam Karpal Singh mahu saksi utama kes iaitu Rahimi Osman dikenakan tindakan menghina mahkamah atas keceluparannya membuat kenyataan berhubung kes ini kepada media. Karpal gusar, saksi utama terbabit mendapat arahan pihak tertentu untuk berpaling tadah dan tidak mahu menyatakan kebenaran terhadap kes yang sedang dibicarakan ini nanti. "Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah. "Terdapat tanda-tanda ada inisiatif daripada pihak atasan,” kata Karpal. Kenyataan Karpal itu mendapat perhatian Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof dan beliau memandang serius tentang perkara tersebut.

Saiful Mengaku Anwar Liwatnya Tanpa Kondom


Hakim kemudiannya membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu. Mahkamah kemudiannya bersambung dengan keterangan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng. Dalam keterangannya, Dr.Siew berkata dia telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat. Dia mengaku telah merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebelum itu katanya, pihak polis telah memberi taklimat kepada mereka tentang kes berkenaan. Ketiga-tiga doktor terbabit iaitu Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali kemudiannya membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes. "Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa,” katanya. "Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen.” Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi dan kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008. "Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom.” katanya. Karpal kemudian memohon jumlah tepat berapa kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.

Ada Bukti Kesan Tusukan Berasaskan Air Mani

Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan. Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal. Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful. Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan. Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful. Sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal. "Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya. Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor itu.

Seorang Lagi Doktor Kata Ada Tusukan Berlaku
Selepas mahkamah berehat, giliran seorang lagi doktor dari HKL memberi keterangan iaitu Dr Khairul Nizam Hassan sebagai saksi seterusnya. Dia berkata beliau telah mengendalikan 20 kes liwat dan merawat Saiful pada 28 Jun 2008. Ketika itu, Saiful memakai kemeja putih yang berlengan panjang dan jaket hitam. Dr Khairul berkata dia ditugaskan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Saiful, manakala Dr Razali pula memeriksa bahagian sekitar dubur mangsa. "Dr Siew bertanggungjawab mengambil sampel. Saya juga diberi tugas untuk mendapatkan latar belakang mangsa”. Menurut Dr Khairul, beliau kemudiannya menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh ke atas Saiful. Beliau bermula daripada bahagian atas kepala sehingga ke bahagian kaki. Beliau mendapati ada kesan parut lama di bahagian belakang mangsa dan mengukur serta mencatatkannya. Beliau juga berkata beliau mengambil sampel air ludah dari bahagian kiri dan kanan puting, areola, sampel air mani dari mulut dan contoh darah. Katanya, semua spesimen diambil dan dikedapkan oleh Dr Siew. Saksi itu berkata berdasarkan adanya air mani lelaki di kawasan peri-anal dan bahagian bawah serta atas dubur, maka tusukkan zakar memang berlaku. Menurutnya ada kemungkinan tiada kesan kecederaan di kawasan dubur meskipun berlakunya tusukan. Ditanya apakah perkara yang memungkinkan tiada kesan kecederaan, doktor itu berkata ia bergantung kepada jangka masa mangsa diperiksa oleh doktor setelah diliwat, tiada halangan atau pergelutan dan juga bergantung kepada penggunaan pelincir. Beliau selesai memberi keterangannya dan peguam Karpal Singh sekali lagi menegaskan beliau ada hak untuk menyoal-balas saksi itu di kemudian hari nanti.

[Perbicarann kemudian ditangguhkan sekitar jam 12.00 tengahari tadi dan Hakim menetapkan 25 Oktober 2010 ini untuk bersambung semula. Sesuatu yang mengejutkan kerana Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Galas ialah pada 26 Oktober 2010 ini. Maknanya, memang ada perancangan untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di sana nanti. Cukup licik puak-puak UMNO ini buat kerja. Apapun, rakyat jangan terlalu terpengaruh dengan apa yang mereka paparkan ini. Ketika perbicaraan liwat akan bersambung, dalam masa yang sama saksi-saksi penting seperti Rahimi Osman dan Rasid Rosdi membuat laporan polis kononnya mereka dipaksa membuat akuan bersumpah pada tahun 2008. Bukankah ini sesuatu yang dirancang dengan rapi. Cuma kebodohan puak-puak ini ialah, bukankah dua-dua individu itu adalah saksi kes liwat berkenaan, makanya kenapa diusung budak-budak itu membuat laporan polis dan mencetuskan kontroversi berkenaan. Ada undang disebalik mee agaknya. Apapun, rakyat perlu pastikan Galas berjaya dipertahankan !!].

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas