BlogList Malaysia

25 October 2010

HANG PI BELAJAR SEJARAH LA, ZAHID OIII... BUAT MALU SAJALAH....

Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO menceritakan tentang 6 orang 'ABU' di dalam UMNO. Pada masa yang sama, dia turut mengaitkan UMNO, kekuatan UMNO dan Melayu dengan sejarah penaklukan serta kejatuhan Melaka.

Sesuatu yang menarik apabila Zahid dalam ucapannya menceritakan bagaimana Kerajaan Melaka pada waktu itu ketinggalan dalam serba-serbi, bersenjatakan hanya keris, parang, kapak dan tombak berbanding Portugis yang menggunakan senjata api. Sekaligus menyebabkan Melaka kalah kepada Portugis.

Zahid sebenarnya PERLU MENGAMBIL SEMULA MATAPELAJARAN SEJARAH...

Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain. Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.


Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.

Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.

Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.

Itu sejarahnya yang tercatat....

Barangkali Zahid Hamidi 'segan' hendak berterus-terang tentang sejarah penaklukan Melaka kerana ia membabitkan pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.

Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.

Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.

Zahid mungkin seorang Melayu jati. Melayu jati maknanya, Melayu yang akan menjadi sangat rendah diri dan sentiasa menganggap orang lain jauh lebih baik berbanding mereka. Melayu jati juga bermaksud, golongan yang sanggup menerima kefahaman bangsa lain di dalam menanggapi bangsa Melayu...

Itulah sebabnya, sejarah Melaka pun, Zahid tidak tahu walaupun dia adalah seorang Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO. Kebimbangan dimarahi oleh Cina dan India kerana kejatuhan Melaka adalah disebabkan oleh puak-puak imigran itu, mungkin menyebabkan Zahid menjadi SYAITAN BISU yang hanya menyalahkan Sultan dan Ketua Bangsanya sendiri!!!!

The Flying Kick

1 Komen :

Anonymous ,  October 25, 2010 at 2:13 AM  

Ada pemimpin UMNO yang sekor tu di dalam Perhimpunan kata media pro depa macam Abu Hurairah.... Ada lagi persamaan lain yang dinyatakan ada kaitan dengan individu-individu yang rapat dengan baginda, contoh Abu Talib... ibarat penyokong UMNO yang tidak menjadi ahli, Abu Sufian... ibarat mereka yang baru masuk UMNO yang aktif berjuang tanpa henti, dan beberapa yang lain. Kalau begitulah ibaratnya, siapalah agaknya yang digambarkan pemimpin itu sebagai Rasullah? Bukankah itu satu penghinaan ke atas Islam dan merupakan ajaran sesat.

Media proUMNO kalau diibaratkan macam penyair yang kena pancung oleh sekumpulan komando atas arahan Rasullah S.W.T. kerana memfitnah dan menghina Baginda dan keluarganya adalah. Ada sesiapa kenal nama penyair yang dibunuh itu? Saya tak ingat namanya ... cuma ingat peristiwa.

Boleh menangis kucing-kucing di Malaysia, samakan Abu Hurairah dengan TV3, Untutsan, Berita Hairan dan blogger-blogger UMNO.

UMNO ni dah sesat dan cuba menyesatkan orang pulak. Pi jahanamlah UMNO.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas