"Jika Pas benar-benar ikhlas tentang soal perpaduan, Pas perlu memberi ruang kepada Umno untuk menang percuma dalam PRK N45 Galas. Pas tak perlu bertanding, jika ada calon bebas, Pas perlu menyokong BN dalam pilihanraya kecil tersebut, ini sebagai mengulas kenyataan Exco Pas Kelantan (Takiyuddin) yang melarang Umno bertanding demi perpaduan Melayu"
Pas mencadangkan supaya UMNO tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, atas nama perpaduan orang Melayu.
"Ini kerana Pas sudah mempunyai 2/3 kerusi DUN dan jika BN menang sekali pun ia tidak memberi apa-apa makna atau perubahan kepada senario politik Kelantan, oleh itu demi perpaduan Melayu Nik Aziz perlu menasihatkan Pas supaya tidak bertanding."
" Sebelum ini Pas berjaya mempertahankan kerusi Manik Urai dengan majoriti 65 undi dan sampai sekarang Pas gagal membawa sebarang kemajuan kepada Manik Urai"
" Kini setelah 20 tahun memerintah, rakyat Kelantan mula terasa amat gelisah, Pas gagal menangani pelbagai masalah dalam negeri Kelantan.
Antaranya ialah krisis air yang semakin meruncing, isu pekerjaan yang menyebabkan anak Kelantan terpaksa berjirah keluar , Pas juga gagal membawa masuk pelaburan asing atau pelabur tempatan untuk mengembangkan ekonomi Kelantan. Mujurlah Kerajaan Persekutuan banyak membawa masuk pembangunan kepada negeri ini, tanpa kerajaan BN ekonomi Kelantan mati."
"Setakat hari ini, Pas hanya berjaya membawa masuk Tesco sahaja dan juga projek raksasa mereka iaitu Projek Ceramah Perdana yang tidak pernah henti sejak 20 tahun lalu."
" Pas Kelantan sebenarnya bijak menutup masalah-masalah dalaman dengan membawa isu nasional seperti royalti minyak untuk menutup isu air yang tak pernah berkesudahan. Isu-isu nasional yang selalu dimainkan oleh Pas Pusat telah berjaya menutup segala kelemahan, krisis dalama kepimpinan Pas Kelantan".
Demikianlah kenyataan Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali dalam sidang media di Taiping dalam majlis perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri Perkasa Daerah Taiping hari ini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama Y.Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa b. Dato' Seri Haji Wan Ahmad dan juga Dato Khalid Nasir bekas Adun Kamunting dan juga Presiden Kelab Veteran Umno Taiping.
Sweden, Finland gesa rakyat sedia untuk berperang
35 minutes ago
3 Komen :
katak ni benggong dah, adakah masuk akal kerusi PAS kena bui ke BN, untuk perpaduan. tok laki hak serah bini ke ore, bila ore nak adalah tok laki senget.
Bila make duit judi haji vicent tan al-Hafiz katak jadi benggong. Kawe ingat katak pening bila isap rokok, tapi ada juga katak pening make duit hasil judi.
KATAK BILA MAI KAWASAN TAIPING yg terkenal dengan HUJANNYA..BISING sampai tak sedar diri...yang diri katak boleh ada title YB pun atas ihsan..PAS...(nik Aziz)..kalau le orang tua tu buat muka kering aje aritu..jadi hampeh le sikatak..macam katak dilanggar Lori..kering tak berbekas...hi hih i
yang tergila2kan perpaduan melayu ni ameno bukan PAS... hai breheng a/l pak ali... sapa yang selama ni dok melalak perpaduan... perpaduan siang malam ni... mu pekak ke gapo?
sahih mu bodo
jamaja
Post a Comment