Saya mohon dengan segala takzimnya DYMM Sultan Selangor keluarkan kenyataan dalam kes ini
Mana Harusanasani, ularmak yang menjadi wakil tetap Umno dalam majlis morti? Mana 40 ularmak muda yang ternoda mindanya kerana air kencing Umno? Mana Datuk Mashita yang tinggi ilmu Hadharinya?
Saya juga dengan segala takzimnya mohon DYMM Sultan Selangor keluarkan kenyataan dalam isu ini.
Wahai pencacai-pencacai Umno, tolong beri fatwa baru kes yang dititipkan olih YB KHALID SAMAD.
UMNO, Kura-Kura dan Perahu
Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan Masjid dan Surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran PR. Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya. Menurut mereka lagi, ini dilakukan demi memperolehi undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri. Iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana Surau dan Masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.
Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di Masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Sehubungan dengan itu, bagi yang mengenali UMNO, segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat. Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan UMNO dalam bersandiwara, ianya turut tidak memberikan sebarang kesan. Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat UMNO yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi.
Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah JAIS.
Posted by RAKYAT MARHAEN
Padah ceroboh rumah, curi penyaman udara
7 minutes ago
1 Komen :
Wahai ibrahim ali, tdm, para ulamak yang dengan lantang mengeluarkan kenyataan dengan begitu yakin Non Muslim masuk dalam surau atau mesjid adalah salah dari segi Islam. Mana ajaran yang dia orang perolehi. Adakah mereka mereka diatas itu ikut ajaran Nabi Muhamad dan berdasarkan Kitab Al Quran?? Saya percaya mereka ini belum habis khatan Quran kot!!!
Kini kenapa diam membisu seribu bahasa, keluar lah kenyataan yang sama terhadap Ustaz Kamal.......!
DOSA TAHU KALAU BUAT KEPUTUSAN BERAT SEBELAH DENGAN BERPENGETAHUAN. KALAU KAMU SEMUA ENGGAN KELUAR KENYATAAN BERMAKNA ANDA BAIS!!!!
Post a Comment