Pilihanraya Umum Ke-13 bakal menjelang tiba bila-bila masa dari sekarang. Banyak desas-desus mengatakan PM Najib Razak akan membubarkan parlimen selepas sahaja Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh. Kononnya, bila Anwar telah terpenjara maka, mudahlah bagi UMNO BN untuk melaksanakan agenda mereka.
Biarpun rakyat dikatakan akan turun dijalanan untuk sekali lagi membuat protes besar-besaran andainya Anwar terpenjara lagi. Namun, sukar untuk dinafikan bahawa "gelombang reformasi kedua" yang bakal berlaku itu tidaklah sehebat ketika Anwar dipecat daripada UMNO dan Kerajaan dulu. Soal rakyat boleh menerima atau tidak kini sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Najib. Apa yang penting, agenda politik beliau tercapai.
Harus diingat juga, musuh politik Anwar dulu iaitu "Mahathir Mohamad" kini merupakan proksi terapat Najib. Jika Mahathir tidak menyerahkan kuasa kepada Pak Lah, maka mana mungkin Najib boleh berkuasa sekarang. Lantaran itulah, Najib terpaksa melantik anak Mahathir iaitu Si Mukhriz menyertai kabinet barunya. Sedangkan Mukhriz telah tewas kepada menantu Pak Lah, Si Khairy Jamaluddin ketika itu.
Apakah Mahthir tergamak melihat Anwar ditampuk kuasa agaknya
Ini semua adalah rancangan politik licik Najib untuk menguatkan lagi cengkaman Mahathir itu sebenarnya. Tambahan pula, Mahathir kini dilihat sebagai "Penasihat UMNO BN" biar pun tidak secara rasmi. Inilah hakikatnya.
Maka itu, bukankah Mahathir dan Anwar masih belum berdamai lagi. Ini pasti akan menyebabkan Mahathir memainkan peranan untuk memastikan Anwar terus merengkok dalam penjara sehingga ke akhir hayatnya. Jika ini berlaku. barulah beliau puas hati dan boleh tidur lena.
Beliau sebenarnya kecewa dengan tindakan Pak Lah yang tidak mahu campur tangan mempengaruhi hakim, hingga menyebabkan Anwar akhirnya dibebaskan selepas keputusan-2-1 yang memihak kepadanya. Apakah Mahathir akan berdiam diri melihat Anwar terus disanjung dan mungkin berkuasa suatu hari nanti agaknya. - Pahang Daily
0 Komen :
Post a Comment