SPR: Jangan anggap langkah alih lokaliti dipengaruhi agenda politik
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pihaknya tiada sebarang agenda khusus untuk menganiaya mana-mana parti politik dengan melaksanakan urusan pembetulan lokaliti mengundi, yang turut menyebabkan pemindahan keluar pengundi dari kawasan-kawasan terbabit.
Andaian bahawa urusan itu mempunyai motif politik untuk membantu parti-parti politik tertentu dan melemahkan parti lawan adalah tidak benar sama sekali, kata Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR, Datuk Zainal Abidin Mat Said.
Malah menurut beliau, urusan pembetulan ini yang sudah lama dilakukan, malah pernah diambil ekoran permintaan parti-parti politik sendiri masa-masa lalu.
“Pada masa-masa lalu, mereka (parti-parti politik) sendiri yang memaklumkan bahawa sesuatu lokaliti mengundi diletakkan di bahagian pilihan raya yang tidak betul.
“Jadi apabila menerima aduan dan makluman yang sedemikian, kami mengambil tindakan untuk membetulkan lokaliti... jadi ia bukan sesuatu yang baru, sudah lama dijalankan,” katanya.
“Tapi kini parti-parti politik pula mengadu... kami cuma membetulkan keadaan jika ada kesilapan,” katanya.
“Walaupun SPR mengesan ada kesilapan lokaliti mengundi, SPR tidak boleh melakukan pembetulan sehingga urusan persempadanan baru dilakukan iaitu dalam keadaan semasa (dijangka) akan dijalankan selepas Mac 2011,”
Dalam kes terbaru, SPR membuat pembetulan lokaliti mengundi Lapangan Terbang di kawasan Parlimen Bukit Bintang ke bahagian Parlimen Cheras membabitkan kira-kira 150 pengundi.
Kedua-dua bahagian itu terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya DAP Tan Kok Wai berkata, SPR memaklumkan pihaknya bahawa pembetulan lokaliti mengundi Lapangan Terbang di kawasan Parlimen Bukit Bintang dilakukan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“Saya dan Ahli Parlimen Bukit Bintang (Fong Kui Lun juga dari DAP) tidak kisah proses ini dilakukan kerana kami menganggap ia dilakukan dengan alasan yang tulen ekoran perbezaan alamat tempat tinggal bagi penduduk yang tinggal di PPRT Lapangan Terbang,” katanya.
“Keputusan ini kami terima. Tetapi apa yang kami hendak menekankan di sini ialah SPR sewajarnya melakukan dengan terbuka dan telus... memberikan peluang kepada pengundi berkenaan membantah atau sebaliknya apabila mereka dipindahkan,” katanya.
Sehubungan itu menurut Zainal, kini SPR mengambil tindakan sendiri mengesan kedudukan lokaliti mengikut persempadanan yang dibuat oleh agensi ukur negara menggunakan EGIS (sistem maklumat geografi elektronik) dan melakukan pembetulan jika wujud kesilapan penetepan lokaliti mengundi.
“Tidak, tidak. Itu tidak benar. Urusan ini membabitkan kawasan yang melibatkan wakil rakyat BN dan juga bukan BN.... jadi tanggapan seperti ini tidak benar,” kata beliau menjawab dakwaan sesetengah wakil rakyat yang kawasan mereka terlibat dalam urusan ini.
“Ya, ia sama-sama melibat semua pihak. Bukan bertujuan menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.
Bagaimanapun katanya, SPR sudah mengambil langkah untuk membuat pemakluman rasmi.
Biasalah pemimpin PAS taklah secerdik mana pun
3 hours ago
0 Komen :
Post a Comment