BlogList Malaysia

23 September 2010

Bubarkan Polis Cawangan Khas (SB)

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin mencadangkan semua anggota polis Cawangan Khas sepatutnya diserap ke unit jenayah bagi memperkemas operasi pihak berkuasa dalam membanteras jenayah yang menjadi-jadi kebelakangan.

Membayangkan Cawangan Khas harus dibubar, beliau menganggap tindakan drastik itu perlu berikutan polis kerap menjadikan faktor kekurangan anggota sebagai masalah utama dalam membendung pelakuan jenayah.

"Kita faham polis berdepan dengan kekurangan anggota dan bekerja lebih masa,itu saya akui tetapi persoalannya tindakan polis menubuhkan polis cawangan khas adalah tindakan membazir kerana ia tidak menyiasat kes jenayah” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas kertas siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipulangkan Jabatan Peguam Negara kepada polis manakala kejadian orang hilang yang menjadi mangsa jenayah, semakin menjadi-jadi.


Terbaru, kes usahawan batu permata warga India, Allal Kathan Muthuraja, 34, ang sebelum ini dikategori sebagai orang hilang ditukar kepada kes pembunuhan,selain kehilangan Mohd Shafiq Abdullah juga disyaki mengalami situasi sama.

Badrul yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata pertambahan anggota Cawangan Khas dalam membantu unit jenayah pasti memberi impak positif kerana banyak kes jenayah tertangguh tanpa penyelesaian.

“Cawangan Khas selama ini hanya menjadi alat untuk mengikuti perkembangan politik yang diketuai Umno BN semata-mata," katanya yang mahu tradisi berkenaan segera diubah.

Beliau juga mendapati kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian meluas dari media massa lebih diberi keutamaan polis dan menyifatkan amalan yang seakan-akan menjadi budaya polis, tidak disenangi rakyat marhaen.

"Nasib baik kes Sosilawati melibatkan orang kenamaan dan menteri turun padang serta liputan meluas media menyebabkan polis menerima tekanan sehingga terbukanya banyak kes lain,” katanya.

Beliau juga menganggap tekanan yang dihadapi polis tergesa-gesa menyelesaikan kes hingga kertas siasatan yang disangka lengkap,kemudian ditolak Jabatan Peguam Negara.

“Lebih membimbangkan, polis mudah dipengaruhi dengan tekanan politik, media dan sentiment masyarakat dalam penyiasatan kes," katanya.

2 Komen :

Anonymous ,  September 23, 2010 at 5:27 PM  

Menghabiskah bores je.. bukan buat keje , hanya siasat sulit, siasat sulit itu je. Gomen habis duit bayar gaji je. Trafik pun sama , saman , sman bende remeh pun saman

Anonymous ,  November 29, 2010 at 10:39 PM  

kalu tak nak kena saman ... ko ikut undang-undang lah.. macam nie punya org pun ada kaaaa?

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas