Saya mendapat SMS berbau perkauman di bawah. Ia dihantar pada jam 09:28:29 malam 12/9/10. Saya salin tanpa edit sikit pun kecuali nama suspek:
(Frwd)Semua suspek kes bunuh dato sosilawati adalah india. Kenapa DAP dan PKR senyap. Dato *********** suspek adalah ahli bar council.bila melayu terlibat maka DAPDan PKR canang anti melayu mereka. Saya tidak dapat bayang kan jika yg mati tu nama ah San atau ku gan ha mi lan..pasti berbeza menyalaknya puak2 cina DAP dan MCA serta DAP. Tak ada ke upacara membakar lilin oleh PkR dan Pas?
Walaupun bersimpati dan mengikuti kes kehilangan dan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, saya tak tulis apa-apa sebab saya tak tahu apa-apa. Apa yang saya difahamkan dari laporan-laporan yang saya baca, ia kes seorang jutawan yang mungkin ditipu penjenayah.
Tetapi, bila pembunuhan itu dipolitikkan, saya terus teringat laporan Kosmo! semalam bertajuk "Mayat dibakar di ladang ayam" (lihat juga berita Kosmo! hari ini "Peguam ada harta luar biasa"). Antara lain dilaporkan:
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Saya menentang Umno dan Barisan Nasional (BN). Ramai sangat orang kata Umno peralatkan polis. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sendiri kata "All kinds of people interfere. People from the ministry itself, outsiders and people with vested interest who want to do things that are not right" (lihat The Star 7/9/10 "IGP speaks out against third party interference " dan video di sini). Oleh kerana Musa menyebut kementerian, mana-mana kementerian pun tidak dikuasai oleh mana-mana menteri selain dari Umno dan BN.
Dengan latar belakang sedemikian, kalau saya nak politikkan, dengan berita Kosmo! yang saya petik di atas, dari pagi semalam lagi saya dah boleh politikkan. Saya boleh bangkitkan macam-macam persoalan. Tetapi, kalau ya pun nak lawan Umno, takkanlah bankrap isu sangat sampai nak politikkan pembunuhan itu.
Pak Bakaq
Penoreh getah dijel 15 tahun ‘makan’ anak sendiri
2 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment