BlogList Malaysia

25 September 2010

Muhyiddin masih Tidur Lagi.. Kesian..

Muhyiddin minta Guan Eng jawab dakwaan Pemuda Umno

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terhadap dakwaan Pemuda Umno mengenai sumber kewangan yang digunakan kerajaan negeri bagi membiayai program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu.

Muhyiddin (gambar) yang juga Menteri Pelajaran berkata, orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda Umno.

“Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelonjakan Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar, Pagoh dekat sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Muhyiddin ditanya mengenai pendedahan sepucuk surat oleh Pemuda Umno dalam akhbar hari ini yang membuktikan kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. — Bernama

Jawapan Guan Eng Untuk Pemuda Umno Yang Bodoh


Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu dan Pemuda Umno yang mendakwa sumbangan Kerajaan Negeri kepada warga emas dan waris mereka adalah dari hasil judi. Lim Guan Eng menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama-sekali.

Beliau menggesa Umno, yang menyokong kuat perlaksanaan lesen judi sukan supaya insaf dan memperbetulkan kegelinciran moral dalam parti mereka sendiri.

Dari laman Twitter-nya, Guan Eng menyifatkan tuduhan dari Pemuda Umno itu adalah perbuataan munafik.

" Hanya umno jahil sahaja cakap kerajaan Pulau Pinang guna duit judi bila lesen judi dibagi kerajaan BN. Mana kerajaan Pulau Pinang dapat wang judi? Ini kerja jahat munafik! tulis beliau dalam Twitternya malam tadi.

Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang meminta kerajaan negeri menjelaskan dakwaan satu laman blog yang menuduh warga emas Pulau Pinang menerima sumbangan hasil judi sebanyak RM100 setahun manakala waris keluarga warga emas yang meninggal dunia menerima RM1,000.


Kerajaan negeri menganggap dakwaan itu muslihat Umno menyerang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas gagal dalam isu khutbah bulan lalu.

" Kerajaan Pulau Pinang memberikan wang kepada rakyat ia dikatakan wang haram tetapi wang yang diberikan kepada kroni mereka bagaimana? Saham Bumiputera RM52 bilion halal sejak ia dirampas kroni BN!" ujar Guan Eng.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata sumbangan itu adalah hasil dari pendekatan jimat cermat yang diamal kerajaan negeri sejak Mac 2008.

“Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta. Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa,” kata Ng.


1 Komen :

Anonymous ,  September 25, 2010 at 10:54 PM  

DPM,
ARAHAN KEPADA LGE UNTUK MENJELASKAN KEPADA RAKYAT TERUTAMA RAKYAT PENANG, ATAS DAKWAAN PEMUDA UMNO PENANG, KONONNYA PEMBERIAN WANG KEPADA WARGA EMAS OLEH LGE ITU ADALAH HASIL WANG JUDI, DAN MENGIKUT ISLAM HUKUMNYA H A R A M.
SAYA DAPATI LGE DAH PUN BERI PENJELASAN KEPADA PEMUDA UMNO PENANG. AKAN TETAPI LGE TANYA BALIK DAN MINTA PEMUDA UMNO PENANG ITU TANYA KERAJAAN PUSAT YANG MELULUSKAN LESEN LESEN JUDI BEGITU BANYAK TU ADAKAH DAPAT HABUAN ATAU HASIL? KALAU ADA , KEMANA PERGINYA DAN ADAKAH H A R A M ATAU H A L A L?
Nampaknya DPM pun tak faham apa maksud LGE semasa memberi penjelasan itu. Bagi saya DPM belum buka pekongnya. seolah olah gajah dihadapan mata tak nampak, kuman diseberang jelas kelihatan.
DPM harus memperjelaskan kepada semua warga Malaysia, kenapa meluluskan lesen2 judi, wahal itu adalah HARAM dan kemana digunakan wang haram tersebut?
DPM Kata, sekiranya pemberian wang kepada warga mas beragama Islam adalah HARAM, bagaimana pula penggunaan wang hasil lesen judi yang diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas