Beberapa jam sebelumnya, polis menangkap kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque - yang lebih dikenali sebagai Zunar - dan merampas lebih 60 nashkah karya terbarunya - Cartoon-o-phobia.
zunar cartoon book launching in klscah 040910 02Namun buku itu tetap dilancarkan seperti yang dijadualkan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di bawah pemerhatian polis.
Kira-kira 10 anggota polis berkawal di luar dewan dan mereka
meletakkan kon polis bagi menutup laluan masuk utama menuju ke tempat letak kereta.
Zunar ditangkap dan dibawa ke balai polis Sepang lewat petang semalam, selepas polis menyerbu pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd.
Namun begitu, majlis pelancaran karya terbarunya mendapat sambutan sebagai tanda sokongan kepada Zunar untuk terus berkarya.
zunar cartoon book launching in klscah 040910 fazlina rosleyBahkan, dalam mesej kepada 150 hadirin, yang disampaikan melalui isterinya, Fazlina Rosley, Zunar berkata, rampasan bukunya itu tidak akan menghalang usahanya untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Fazlina, bagi pihak suaminya, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
"Dia berkata bahawa dia tidak berniat untuk bercakap tentang politik, tetapi (sayangnya ini adalah) nasib kartun yang sekarang telah terbukti ditakuti oleh kerajaan," kata Fazlina, disambut dengan tepuk berterusan pada hadirin.
Sementara itu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, dalam ucapannya, menegaskan bahawa Zunar harus dikagumi kerana ketabahannya itu.
"Untuk itu dia dihukum. Ini adalah buku keempatnya yang diharamkan, dan ia berlaku beberapa bulan selepas buku-bukunya yang lain diharamkan.
"Ini adalah cara Zunar untuk menunjukkan jari tengah," tambahnya, disambut gelak ketawa para hadirin.
Steven (kiri) memuji keberanian dan ketabahan Zunar dan membandingkan karyanya dengan kartunis terkemuka tanahair, Datuk Muhammad Nor Khalid, yang lebih dikenali sebagai Lat, sambil memuji beliau yang berkarya menyentuh pemimpin berprofil tinggi "tanpa jaring keselamatan di bawah".
Gan menggambarkan kompleksiti dalam meringkaskan sesuatu peristiwa ke dalam satu gambaran, seperti yang dipaparkan dalam komik yang dihasilkan oleh Zunar enam tahun yang lalu, ketika pejabat Malaysiakini diserbu polis dan komputernya dirampas.
"Sebagai seorang wartawan saya telah melalui bagaimana hendak menyimpulkan seribu kata-kata kepada 500 perkataan, dan Zunar mampu melakukan semuanya dalam satu komik," katanya.
Mengenai kejadian hari ini, Steven berkata, beliau tidak terperanjat apabila Zunar menelefonnya untuk memberitahu pejabatnya diserbu dan buku-bukunya dirampas.
Tiga buah buku Zunar sebelum ini - 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana didakwa melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA).
Ketika melancarkan buku tersebut, Menteri Besar Perak yang diguling, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin,
yang turut dipaparkan dalam Perak Darul Kartun, memuji kesedaran politik dalam karya Zunar.
Menurutnya, karya kartun tersebut melampaui batas-batas perkauman dan agama dan "menyatukan kita semua di sini atas platform yang sama".
Beliau turut mengecam tindakan terhadap Zunar itu sebagai sesuatu yang boleh terjadi "30 atau 40 tahun" lalu ketika buku diharamkan dan tidak ada cara lain untuk menyuarakan perbezaan pendapat.
Namun, dalam nada menyindir, Nizar berkata, dalam era sekarang di mana semuanya boleh dengan mudah diakses dan dimuat-turun dari Internet, "kita masih lagi mengharamkan buku".
Malah, beliau menyarankan agar terma 'cartoon-o-phobia' dimasukkan ke dalam Wikipedia.
Beliau menyifatkan tindakan merampas buku dan penangkapan Zunar sebagai langkah "terdesak kerajaan yang hampir tenggelam".
Nizar berharap untuk melihat lebih banyak lagi karya Zunar yang menurutnya akan menjadi pemangkin kepada peluang pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.
Manakala bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan (kanan), yang turut hadir di majlis pelancaran itu, menyifatkan tindakan terhadap Zunar itu sebagai "tidak masuk akal".
Tindakan itu, tambahnya, mencerminkan dan menunjukkan bahawa pihak berkuasa telah "benar-benar paranoid".
Sebaliknya, tegas beliau, media dan kebebasan kreatif harus diamalkan dan bukannya dilarang.
Zunar, sebelum ditangkap, memberitahu bahawa kandungan buku terbarunya itu 'lebih menggigit' daripada karya-karya beliau sebelumnya.
Menurutnya, isu-isu yang dimuatkan antaranya meliputi isu pembunuhan Altantuya, konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri PM, kes kehilangan enjin jet pejuang, kapal selam Scorpene yang tidak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, rasuah dan pembaziran dana awam.
Cartoon-o-phobia adalah kompilasi kartun yang diterbitkan dari November 2009 hingga September 2010 dalam Malaysiakini dan diterbitkan oleh Kinibooks.
Cartoon-o-phobia setebal 80 halaman penuh warna dan dijual pada harga RM25. Ia boleh dibeli secara online melalui Gerakbudaya dan Kartun Kafe.
25 September 2010
Meletup Walaupun Ditangkap Polis
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment