Tiga keluarga yang sengsara selepas kediaman mereka dan orang tersayang maut dikambus tanah runtuh dua tahun lalu memfailkan saman terhadap Syaribat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, kerana kerja-kerja penyelenggaraan paip yang cuai hingga menyebabkan bencana di Bukit Antarabangsa.
Setiap satu keluarga memfailkan menuntut pampasan antara RM1.5 juta hingga RM2.24 juta terhadap syarikat milik Tun Rozali Ismail itu.Turut disaman hari ini adalah pemaju, Superview Development Sdn Bhd.
Peguam Nurashikin Mansoor mewakili Datuk Amanullah Mohamed Yusof, Harveen Kaur dan Tanarajah Kanagaratnam memfailkan permohonan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mangsa mendakwa pemaju dan Syabas gagal mengambil langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan di cerun bukit, yang runtuh dan menghancurkan 14 buah rumah.
5 orang maut, termasuk isteri Thanarajah, manakala lapan lagi dipercayai tertanam hidup-hidup.
Mangsa berpendirian Superview sedia maklum atau sepatutnya sedar bahawa tanah cerun Blok 13 dan 16 di kawasan pembinaan tidak stabil kerana ia didirikan diatas kambusan tanah runtuh Highland Towers 1985.
Manakala Syabas dituduh gagal menyelenggarakan sistem perpaipan air dengan baik, menyebabkan ia bocor dan air bergenangan dalam tanah atau cerun di kawasan kejadian.
Tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan laporan siasatan sulit yang menemui paip air bocor milik Syabas adalah penyebab bencana tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa.
Tan Sri Khalid berikrar bahawa kerajaan negeri akan membiayai kos perundangan penduduk Selangor yang menanggung kerugian akibat tanah runtuh, khususnya warga Bukit Antarabangsa.
"Kita telah capai persetujuan, dimana kita akan bentuk jawatankuasa dan kami akan menyediakan peguam supaya perbincangan dapat dijalankan bersama kerajaan negeri," kata Khalid seperti yang dilapor bernama 6 Mac lepas.
Setiausaha Politik kepada menteri besar, Faekah Husin dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok mengesahkan perkara ini.
"Kita dah memastikan FIAT dilakukan dan melantik mana-mana peguam mangsa hendak lantik. Kerajaan negeri akan menanggung semua kos dan kita tinggal menunggu mereka menyerahkan salinan saman yang mereka failkan dan kita akan keluarkan FIAT," kata Faekah.
"Kita akan tanggung semua kos perundangan dan peguam yang mereka (mangsa) lantik," kata Faekah.
"Ini hak penduduk untuk saman Syabas. saya harap dengan insiden ini pihak Syabas lebih berhati-hati dan menyemak paip yang ditanam ini dan mengkaji ada pembocoran berlaku di sana sini. Ini untuk menjamin para pengguna air dan keselamatan pengguna," kata Teresa.
"Kerajaan selangor prihatin terhadap kesengsaraan penduduk selangor. Menteri besar dan Exco Selangor telah pergi ke tempat itu dan saya diberitahu beliau (Khalid Ibrahim) banyak meluangkan masa di tempat itu. Ini menunjukkan keperihatinan beliayu terhadap masalah rakyat," kata Teresa.
09 September 2010
Kerajaan Negeri Bantu 3 Keluarga Saman Syabas RM 2.2 juta
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment