Dalam politik, mungkin semua orang keberatan mengulas tentang tanggapan 'negatif' terhadap isteri perdana menteri Rosmah Mansor, tetapi mungkin tidak buat Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Ketika diminta mengulas khabar angin seputar Rosmah yang menjadi buah mulut dan bidasan banyak pihak, terutamanya oleh pembangkang, Khairy menjawab:
“Macam inilah, kamu lihat, kalau kita tak boleh sampai pada sasaran (Najib), kita alihkan pada orang sekelilingnya, dengan isu yang lain.”
Dalam wawancara Malaysiakini di pejabatnya di Bukit Damansara baru-baru ini, Khairy menyeru orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu sumber sesuatu maklumat sebelum mempercayainya bulat-bulat.
“Saya rasa, tidak adil untuk orang ramai buat sesuatu kesimpulan berdasarkan khabar angin. Saya rasa perkara ini sangat penting dalam kehidupan rakyat di Malaysia, dalam masyarakat hari ini,” kata menantu kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu.
Dalam wawancara lebih sejak itu, Khairy bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai topik berkenaan, termasuk pandangannya bagi membantu Rosmah (kanan) menangkis 'serangan' tersebut.
“Saya beri jawapan umum sudahlah,” katanya.
Sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Abdullah, Rosmah sering menjadi mangsa perlecehan oleh pelbagai pihak, terutamanya pembangkang dan penulis blog.
Kes Penunggang motosikal maut, pemandu lori lari
17 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment