BlogList Malaysia

27 September 2010

Kembalikan jawatan perdana menteri pada Mahathir

Tun Mahathir Mohammad sebut Datuk Seri Anwar Ibrahim pemimpin yang gila nak jadi perdana menteri. Memang semua manusia gila. Gila ada 99 gila Cuma satu sahaja yang tak gila, iaitu Allah.

Jika Anwar gila hendak jadi perdana menteri, maka apa kurang dengan Tun Mahantir yang kelihatan macam gila sunguh untuk menjadi perdana menteri.

Masakan tidak. Beliau pernah berkata orang lain tidak layak, termasuk Tun Hussin onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Kita setuju mereka tak layak, termasuk Tun Mahathior sendiri ,kerana selama 22 menjadi perdana menteri kuasa politik melayu hampir hilang. Demikian juga kuasa ekonomi .

Sekarang Mahathir dengan Wira Negara Negara Datuk Ibrahim Ali mengadakan rood show seluruh Negara untuk menjatuh Najib Razak. Sama ada ada yang sedar atau tidak tetapi itulah realitinya.


Nampak dengan jelas Tun Mahamad Mohammad seorang saja yang layak menjawat jawatan perdana menteri apabila dia berkata Tun Abdullah Ahmad Badawi tak layak jadi perdana menteri.

Bukan setakat berkata malahan beliau "keluar umno" dengan ikrar yang dia tidak masuk umno jika Tun Abdullah tak letak jawatan.

Setelah jawatan perdana menteri bertukar tangan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak Tun Mahathir masuk semula Umno dan berkerja keras melalui NGO Perkasa untuk mendapat balik jawatan perdana menteri itu. Lebih lebih lagi Najib terpalit dengan penahanan Taek Jho Low yang di tahan di Perancis bersama Paris Hilton artis Hollywood.

Inilah masanya untuk memainkan peranan untuk mencalar nama baik perdana menteri ke 6 melalui isu Anwar gila nak jadi perdana menteri.
Sejarah telah membuktikan , Tun Mahathir sendiri pernah berkata yang Najib juga tidak layak jadi perdana menteri. Memang sah Najib juga tidak layak. Hanya Tun Mahathir seorang sahaja yang layak setakat hari ini.

Oleh itu, umno kena berusaha bersungguh untuk mengembalikan semula jawatan perdana menteri kepada Tun Mahahtir Mohammad agar mudah melayu jadi hancur lebur bersama melayu mudah lupa.

Itulah yang saya nampak. Sebab itu beliau dan Ibrahim Ali yang tak boleh percaya ini sedang memainkan peranan untuk mengembalikan jawatan perdana menteri kepada Mahathir melalui perhimpunan NGO PERKASA yang sudah menjual bangsa agama dan Negara.

Seperkara lagi yang saya nampaknya , Mahathir macam orang lemas. Bayangkan orang lemas,apa apa sahaja dicamparnya baik batang pisang, hatta bauya sekalipun sanggaup dipeluknya.

Nampak sangat yang dia sudah kena penyakit gila nak jadi perdana menteri semula mnakala Ibrahim Ali kepingin bangat untuk jadi timbalan perdana menteri apabila jawatan perdana menteri kembali semula pada Mahathir. Wah hebatnya Melayu Mahathir Mohammad dan Ibrahim Ali ini.

1 Komen :

Anonymous ,  September 27, 2010 at 9:35 PM  

tdm kerala dah nyanyuk, gila kuasa, ada harsat dengki dan khianat. Ucapan dan kenyataan tdm kerala amat RASIS SEKALI. Babak kehancuran MALAYSIA akan terasa. Mula2 tdm kerala cipta WAWASAN 2020 BANGSA MALAYSIA, dah pencen dia cipta MELAYU HILANG HAK DAN KUASA pula.
wahai tdm kerala, cet cakap kat semua rakyat Malaysia, yang mana betoi sebenaknya? Jangan hentam keromo sahaja.
semua PM tak satu pun tdm kerala kata best, semuanya tak pandai jadi PM, betoi lah termasuk tdm kerala sekali tak pandai, kalau pandai pasti Melayu dah pandai berdikari tak perlu ada quota 30%. Jadi siapakah yang menghilangkan hak dan kuasa Melayu, kan bermula dari PM PM BN termasuklah tdm kerala menerajui hampir suku abad. tdm kerala, jangan nak menegak benang basah.
Siapa yang memerintah tak kira BN atau PR sama sahaja, kuasa dan hak Melayu tak akan hilang. Kenyataan tdm kerala itu hanya membangkitkan kemarahan dan keresahan warga Melayu dan kurang senang dikalangan warga lain. Bukan kah ini akan memecah belahkan warga MALAYSIA.
Saya cabar tdm kerala supaya mengeluarkan kenyataan WAWASAN 2020 ciptaan nya itu dibatalkan.
Bapa RASIS - Pengkhianat dan penderhaka kepada RAJA dan AGONG, lepas itu cakap orang lain kalau memerintah hak2 dan kuasa2 Melayu akan hilang. Apa yang hilang sebenaknya? HAK2 DAN KUASA2 MELAYU UMNO AKN HILANG - ITU SAHAJA.
tdm kerala bertungkus lumus membantu perkasa sana sini, tak lain tak bukan nak rampas kuasa jadi PM Ke 7. Kalau tidak buat apa dok susah2 pi sana sini, dok teriak RASIS!!kenapa wahai tdm kerala.
Kami semua warga MALAYSIA tolak bulat2 PEMIMPIN RASIS.
Kalau susah2 dan nak sangat PM Ke 7... bagi lah kat dia.. takut tak sempat hari angkat sumpah...kerana kena sumpahan semua warga MALAYSIA.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas