BlogList Malaysia

27 September 2010

Pakatan Rakyat tidak akan mampu tawan Putrajaya

Barisan Nasional (BN) tidak akan hilang sokongan undi Melayu jika Umno menolak Perkasa sekaligus mampu menghalang usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang, kata Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika diminta mengulas amaran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa Umno akan hilang undi Melayu jika Perkasa disisihkan.

"Itu hanya pandangan peribadi beliau," kata Koh kepada pemberita selepas merasmikan forum perpaduan kebangsaan anjuran NGO.

"Pakatan tidak akan menang kerana perbezaan ideologi DAP dan PAS. DAP tidak akan pernah bersetuju dengan cita-cita PAS membentuk negara Islam," katanya.

Beberapa pemimpin Umno sebelum ini mengingatkan kepimpinan tertinggi supaya menjauhi Perkasa yang dilihat mereka sebagai halangan usaha BN untuk meraih sokongan kaun bukan Bumiputera.


Namun Dr Mahathir yang mempertahankan bahawa Perkasa ditubuhkan akibat kegagalan Umno mempertahankan kedaulatan Melayu berpendapat desakan itu sebagai cubaan bunuh diri.

Sementara itu, Koh berpendapat pertubuhan seperti Perkasa akan hilang peranannya apabila masyarakat mula berfikiran terbuka dan lebih berpelajaran.

"Cara penyelesainnya adalah menentang golongan berfikiran ekstrkimis ini dan tekankan masalah ekonomi rakyat," katanya.

Katanya, apa yang lebih penting sekarang bagi komponen BN adalah fokus kepada kekuatan perpaduannya dan lebih memahami antara satu sama lain.

Beliau juga mengkritik proses pemilihan jawatankuasa PKR pusat yang melihatkan beberapa pemimpin itu bertelagah sesama sendiri.

"PKR sebelum ini mengkritik parti lain. Sekarang mereka perlu cermin muka sendiri," katanya.

1 Komen :

Anonymous ,  September 28, 2010 at 7:05 AM  

Koh Tsu Koon, satu-satunya cina di Malaysia yang dianggap UMNO sebagai Melayu. Semasa pemerintahannya di Pulau Pinang, UMNO tak bimbang pun kuasa Melayu di sana. Tapi bila YB Lim Guan Eng menjawat jawatan Ketua Menteri Melayu hilang kuasa.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas