BlogList Malaysia

17 August 2010

Lawak Bodoh Lagi Dari Harussani

**Tidak mungkin kerajaan Barisan Nasional yang dimaksudkan oleh pelawak ni.. Kalau dah bukan Barisan Nasional.. Siapa?? Mana ada lagi parti pilitik lain yang membayangi Barisan Nasional selain Pakatan Rakyat... Jadi Pakatan Rakyat laa tu woi... Lawak la orang tua nih.. HAHAHA

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.


“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.

“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.

2 Komen :

Anonymous ,  August 17, 2010 at 3:17 PM  

mamat ni dulu dah penaya perempuan yang dedah kegiatan mengkristiankan anak muda di ipoh dah...

muka tak leh harap, muka tak leh percaya langsung...

sian perempuan tu kena buru, baik ngan polis, baik ngan pihak gereja, siap kena tuduh memfitnah lagi...

kelepet punya makhluk!!!

dia belajar ugama banyak mana sangat la buleh jadi mufti tuh??? takat mengaji kolej... cheh!!!

Anonymous ,  August 17, 2010 at 5:24 PM  

Mufta suka kuat temberang,
Hari-hari mufta kuat temberang.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas