BlogList Malaysia

17 August 2010

Khir Toyo Kata Rakyat Serik Dengan Pakatan Rakyat

Tergelak besar membaca kenyataan mantan MB Selangor, Khir Toyo dalam Sinar Harian hari ini. “Rakyat Selangor lebih serik berada hampir 3 tahun di bawah pentadbiran PR berbanding 52 tahun di bawah BN ……”

Alahai Khir, apa gila meraban di bulan puasa ni? Tak sedar lagi yang engkau dah tak jadi MB Selangor lagi. Kajian mana mu pakai untuk sokong hujah ini. Kalau setakat kedatangan orang ramai dalam ceramah, maaf cakap, ceramah “Selamatkan Rakyat Selangor” yang dipelopori oleh Ezam Sesumpah boleh dikira dengan jari aje.

Ni bukan saya yang cakap, tetapi cakap kawan-kawan yang terdiri sebahagiannya daripada orang UMNO sendiri yang hadir dalam program-program berkenaan. Malah ada sepasang suami isteri orang kuat UMNO terus belah lepas 5 minit kerana tak tahan dengar sumpah seranah Ezam yang sampai ke peringkat sasau dan sawan.


Lagi pun rakyat Selangor ini nak diselamatkan daripada siapa? Jikalau daripada PR ternyata kerajaan PR berjiwa rakyat dengan pimpinannya sentiasa mengambil berat kebajikan dan keperluan rakyat. Air percuma, bantuan masuk Universiti, Tabung Warisan untuk anak-anak Selangor, hasil jualan pasir untuk kesejahteraan rakyat, skim kifalah untuk bantuan warga emas yang meninggal dan tidak lama lagi skim pinjaman mikro kredit untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat bawahan. Dan banyak lagi agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang akan dikecapi oleh semua lapisan rakyat akan diketengahkan dari masa ke semasa.

Disebabkan ini adalah kerajaan rakyat dan untuk rakyat maka tidak ada sebab kenapa PR tidak bersama rakyat masa susah dan senang. Dan ini PR telah buktikan menyebabkan UMNO keluh kesah sebab rakyat semakin hari semakin yakin dengan kerajaan PR.

UMNO dan BN tidak pun berubah selepas kalah teruk dan Anak Bapa yakin tidak akan berubah sampai bila-bila. Kalau ada pun, lebih bersifat kosmetik, muka hodoh tetapi beli alat “make-up” mahal-mahal untuk ditampal agar muka kelihatan cantik. Malangnya rakyat dah nampak wajah sebenar UMNO dan BN. Begitu menjejekkan!

Apa yang mereka buat untuk mengurangkan kesengsaraan rakyat sekarang hasil kenaikan harga barang yang dicipta oleh kerajaan BN? Bagaimana dengan mangsa kezaliman ISA yang masih ramai di dalam tahanan? Bagaimana pula dengan saman ekor? Kes Altantunya, Amirulrashid, Kugan dan Teoh Beng Hock apa cerita? Berhentilah Khir bermimpi, lebih elok pergi ke kampung-kampung tolong rakyat ……..

Anak Bapa: PRU ke 13 ini adalah sakratul maut bagi UMNO/BN. Anak Bapa akan tolong talkinkan …… anak bapak

1 Komen :

Anonymous ,  August 17, 2010 at 7:49 PM  

sepatutnya khir toyo ni yang ;ayak diberikan penyapu, kerana sebab dialah selangor dapat ke pembangkang...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas