BlogList Malaysia

16 August 2010

Banjir Di Sik - Jawapan Setpol MB Kepada Blogger Umno


PAS Kedah melalui SETPOL MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, cuba menipu di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mengatakan bahawa pembalakan yang berleluasa adalah atas lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu semasa Kedah di bawah UMNO.

Apa la kebodohnya mangkuk-tingkat ayan ni... Bukti dah terang dan nyata... Tengok je gambar kat atas, lesen tu dikeluarkan dalam tahun ni. Tahun 2010... Bukak mata terang-terang, aku dah bulatkan... Jadi adakah tahun 2010, UMNO masih berkuasa di Kedah?? Lu nak tipu pun tengok-tengok la keadaan dulu...

Blogger Bangang eXception


Jawapan Setpol MB Kedah

Salam sdr...saya siarkan komen sdr ttg hal ini, saudara juga mesti'jantan' juga seperti saudara minta saya 'jantan'.


Yang saudara bulatkan itu bukan kelulusan kawasan balak, tetapi lesen menebang setelah kelulusan dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi(JHB).

Untuk maklumat saudara dan seluruh pembaca, kelulusan kawasan ini diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan.

Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal. Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang.

Kalau belum faham proses ini, jangan tuduh orang berbohong. Sila rujuk Jab Perhutanan untuk mengesahkan saudara silap atau betul....sekarang siapa yang berbohong? Saya katakan saudara hanya tidak tahu, bukan berbohong...

MUHAMMAD SANUSI MD NOR

6 Komen :

Anonymous ,  August 16, 2010 at 11:11 PM  

Blogger bengong cari makan dengan umno memang begitu kerjanya...kalau menulis menipu,kalau bercakap membelit....ilmu penipu ni dah diijazahkan oleh umno kepada blogger macam ni.

BLOGGER jenis ni adalah blogger cari makan.....kisah cari makan ni teringat saya akan kata TGNA...kalau nak cari makan , samalah yang duduk kat padang rumput..cari makan lah tu....dalam erti kata lain mereka samaah dengan spesies ragur rumput tu!

joecharlie August 17, 2010 at 6:05 AM  

saya nak komen dkt exception td,tp xblh lak...so sy tumpang komen kat sini je la...dia kata lesen tu dah lulus time bn (2005),yg gambaq papan tanda tu lesen menebang shj...yg sy heran,kalau dh tau benda tu mungkin bwk bala kat kg2 tu pasai apa depa x batalkan sj lesen membalak tu?xpun,xpyh bg kluaq lesen menebang tu...hangpa dah pegang kuasa,batai sj la...la ni,lpaih dh kenyang mkn duit balak,tiba2 bala mai kat kg2 tu...truih lepaih tgn,xmau nak mngaku kata depa lulus kawasan tu...makan hasil mau,tp salah semua tolak kat org lain...byk cantik muka depa...

Adik Jeebond ,  August 17, 2010 at 7:41 AM  

Joecharlie antara contoh manusia yang buta peraturan dan undang2 dan implikasinya.. Dia ingat sesuatu peraturan dan undang2 tu boleh diubah dan dipinda ikut suka mak bapak dia kot?? Kalau boleh la Jocharlie.. Kelantan dah lama dah buat hudut dan guna dinar emas..

Keluar PAS ,  August 17, 2010 at 8:47 AM  

Adik Jeebond,
Hanya peraturan dan undang-undang Islam saja yang tak "boleh di ubah ikut suka mak bapak". Yang lain semua boleh. Kelantan tak buat Hudud sebab sebab Kerajaan PAS tak reti nak buat.Hanya pandai cakap untuk meraih undi. Kelantan kan dah guna Dinar Emas. Tak kan adik tak tau..

GEDEBE ,  August 17, 2010 at 9:13 AM  

Itulah rupanya kalau dah kedarah banyak sangat duit projek haram ubn... jadi bodo tak ketahuan... nak campur hal orang tak ada maklumat main hentam kromo jer... itulah dasar ubn.. diaorang nih sebenarnya dah sasau dan kecut teloq... satu-satu dosa depa terkeluar... jadi mereka gunalah apa yang boleh walaupun nampak mereka bodoh... tapi dah memang bodoh piang punnnnn....

Ilham Alam August 17, 2010 at 12:28 PM  

Kerajaan negeri bukan tak boleh batal..tapi implikasinya besar. Nanti akan disaman balik oleh syarikat pembalak yang telah diberi kelulusan pada zaman kerajaan BN dulu..kena saman beratus juta ringgit.Bukan senang kerajaan negeri nak membayarnya..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas