BlogList Malaysia

17 August 2010

Sistem Kehakiman Malaysia Penuh Dengan Skandal Memalukan

RPK Bongkar Skandal Peguam Negara Dengan Azailiza Mohd Ahad

Raja Petra Kamarudin

Hari ini, Associated Press melaporkan, "Seorang hakim Malaysia berkata pada hari Isnin menganggap tuduhan hubungan di antara peguam pendakwa kerajaan dan lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Anwar Ibrahim liwat adalah benar tetapi hubungan itu tiada kompromi dengan kes."

Okey, isu di sini adalah mahkamah tanpa ragu-ragu bahawa dakwaan bahawa penolong pendakwa raya Farah Azlina Latif mempunyai hubungan dengan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim Sodomy II adalah benar. Mahkamah tidak peduli sama ada hubungan ini akan berterusan atau tidak. Ia hanya peduli bahawa hubungan ini akan menganggu kes perbicaraan.

Dengan kata lain, adakah ada berlakunya ‘perbincangan' berlaku sepanjang hubungan sulit itu? Dan mahkamah meyakini tiada pujuk rayu sebelum tidur, hanya hubungan sulit semata-mata. Jadi tiada kesilapan dalam melaksanakan keadilan dan oleh itu tuduhan terhadap Anwar tidak perlu digugurkan.

Mengapa Peguam Negara tidak mahu mengesahkan atau menafikan dakwaan seorang ahli pasukannya mempunyai hubungan dengan saksi utama? Bukankah mudah jika dia hanya menafikannya dan menyelesaikan keseluruhan masalah itu?


Dia tidak bersedia untuk menjerut lehernya, terutamanya, kerana beliau mengetahui ianya benar dan jika dia cuba untuk menidakkannya, lebih banyak najis akan dilemparkan padanya. Tetapi apa yang lebih penting, dia bimbangkan bahawa jika dia menafikannya, kemudian kami akan mengeluarkan satu lagi dakwaan hubungan, kali ini membabitkannya dan Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara.



Ya, semua orang tahu tentang hubungan ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza kerap melakukan perjalanan ke luar negeri bersama dan, untuk menyelamatkan sedikit wang cukai, mereka berkongsi sebuah bilik hotel daripada menempah bilik-bilik berasingan.

Aiyah! Saksi utama pendakwaan Saiful Bukhari Azlan ada hubungan dengan DPP Farah Azlina Latif. Kemudian pembantu Perdana Menteri Najib Tun Razak Khairil Annas Jusoh ada hubungan dengan Saiful Bukhari Azlan. Dan sekarang Peguam Negara pula ada hubungan dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Azailiza Mohd Ahad.

Kelihatannya banyak hubungan haram yang berlaku dalam Istana Keadilan (Palace of Justice). Dengan Ketua Hakim Negara secara haram mengahwini isteri kedua di Thailand dan kemudian merosakkan bukti untuk lepas daripada pendakwaan, seperti mana seorang ahli Parlimen dari Sabah, ia membuatkan kita merasa takjub bagaimana mereka mempunyai masa yang cukup untuk bersedia menghadapi kes-kes di mahkamah.

3 Komen :

GEDEBE ,  August 17, 2010 at 9:07 AM  

SUBHANALLAH... semoga Allah tunjukkan kebenaran kepada kita semua terutamanya orang2 melayu yang masih lena dan buta perut... kalau masih berdegil dan tak nampak mjugak maka tunggulah bala Allah pula yang akan sampai. tak cukup dengan bapa cabul anak kandung, tak cukup dengan buang bayi, tak cukup dengan suami bunuh isteri, bunuh anak dan yang terbaharu bala ribut di Jasin melaka... selepas ada orang yang mengaku Islam nak buka sekolah penzina, nak tunjuk terer dengan Allah... tak mau ikut Syariat Allah.. nah ambik kau 2 mati dalam ribut... maka menangis-meraunglah yang menerima musibah... meratapi kematian namun tetap degil untuk kembali menegakkan Syariat Allah... sesungguhnya hati2 mereka telah ditimpakan penyakit maka Allah akan tambah penyakit dihati2 mereka atas keengkaran untuk menerima Syariat Allah.. nauzubillah..

joecharlie August 17, 2010 at 10:21 AM  

Tabiat KAUM NABI LUT A.S. dilakukan oleh Pemimpin IDOLA N.AJIS sapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim juga telah tanpa ragu ragu mencium Pipi lelaki tersebut. Apakah kerana lelaki tersebut berlesung Pipit maka Anwar harus mencium pipi nya? Ataupun Anwar Ibrahim mencium tanda kasih sayang seorang Abang kepada adik ANGKUT? Ataupun lebih jelas Anwar Mencium lelaki itu keran mengucapkan tanda penghargaan di atas Bunga Ros purple yang di beri.

Lelaki Cium Lelaki?depan mahkamah, khalayak ramai with TUAN GURU N.AJIS BLESSINGS OF COURSE SUKA NYA.
Lu Orang Sendiri Fikir lah,YAAAAAK.

Ini NUAR LAH SULIT-SULIT takmainlah KITA SUKA terang-terangan

Anonymous ,  August 18, 2010 at 12:33 AM  

na'uzubillah mohon dijauhkan azab Allah ke atas kita semua...tetapi jika kita teliti hidup seharian kita.Bermacam fitnah telah terbentang di depan mata hanya orang yang berakal dan mengingati Allah saja yang dapat membuka mata dan hati mereka.

Mudah-mudahan Allah tidak memalingkan hati kita semua setelah Allah berikan petunjuk dan hidayahNya...Amin.

Biarlah mereka dengan kegilaan mereka samada pemimpin mereka , pencacai mereka.....hanya Allah yang memberi petunjuk kepada mereka, kita hanya memberitahu dan tiada kuasa kita untuk memberi hidayah kepada mereka semua....

TGNA pernah berkata, kita dah beritahu tentang azab dan balasan kepada penzalim, samada mereka nak terima tau nak persenda itu MEREKA PUNYA PASAL!!!!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas