BlogList Malaysia

12 May 2010

Mahkamah Sarkas Tolak Permohonan Karpal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam Karpal Singh bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis. Berikutan keputusan itu, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berkata pihak pendakwa mempunyai kuasa untuk menentukan mana-mana seksyen di bawah Kanun Keseksaan untuk mendakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak,” katanya. Hakim kemudiannya mengarahkan perbicaran disambung.


Karpal tidak berpuas hati dan kemudiannya memohon supaya prosiding ditangguhkan supaya rayuannya itu boleh dikemukakan kepada mahkamah yang lebih tinggi. “Kita mempunyai masa dari sekarang hingga akhir bulan untuk memujuk Mahkamah Rayuan memberikan tarikh awal.,” katanya. Bagaiamanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan berkata perbicaraan perlu diteruskan dan rayuan boleh dikemukakan selepas mahkamah selesai bersidang.

Pertikaman lidah berlaku dan Karpal mendakwa Mohd Yusof sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Ini kerana beliau datang dengan persediaan berkenaan.

Mahkamah kemudian berehat seketika bagi membolehkan hakim memutuskan sama ada membenarkan permohonan menghina mahkamah dikenakan ke atas peguambela utama, Karpal Singh.

2 Komen :

Anonymous ,  May 12, 2010 at 12:54 PM  

Sebenarnya mahkamah berhenti bersidang bagi membolehkan hakim didakwah kerana menghina mahkamah.

azman kamarul May 12, 2010 at 4:30 PM  

Di negara ini sekarang telah hilang SEMUA KEADILAN.....hanya satu saja cara untuk mengembalikan kegemilangan negara ini iaitu...JATUHKAN UMNOBN..ITU SAJA.....TIADA PILIHAN LAGI UNTUK RAKYAT YANG INGINKAN KEBAHAGIAAN HIDUP DINEGARA TERCINTA INI.....TIADA PILIHAN LAGI MELAINKAN JARUHKAN UMNO...JATUHKAN UMNO..JATUHKAN UMNO.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas