Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.
Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya.
Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan itu bermula pada 11 Jun ini.
Berjaya akan menjadi syarikat tunggal perttaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.
Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.
Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Berjaya akan digunakan untuk tujuan berkenaan.
Menurut sumber lagi, masyarakat Islam dilarang keras terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.
Hipokrit?: Alahai cantiknya politik
23 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment