Pengaruh Tun Dr Mahathir tidak akan kekal selama-lamanya, dan kini telahpun beransur pudar, kata penulis buku Malaysian Maverick.
Barry Wain berkata, orang mungkin akan mengingati pembangunan yang dicapai ketika Mahathir menjadi perdana menteri, tetapi dasar-dasar yang ditinggalkannya tidak akan diperkatakan selama-lamanya.
"Beliau masih lagi berpengaruh sekarang, tapi saya sangat sangsi sekiranya ia akan bertahan lebih lama," kata Wain dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Katanya, mungkin disebabkan faktor itulah yang menyebabkan Mahathir terus bersuara walaupun telah bersara.
Dalam pada itu pula, Mahathir kini kembali menjadi pejuang Melayu dan membuat satu pusingan lengkap dalam karier politiknya apabila tampil memberi sokongan kepada Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), katanya.
Beliau berpendapat demikian apabila melihat wawasan Mahathir mula bertukar menjadi "malapetaka" apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih.
"Mahathir (memberitahu saya) 'Saya tidak tahu (Abdullah) akhirnya akan jadi begitu. Orang Amerika juga tidak tahu George (W) Bush akan menjadi seperti itu," katanya.
"Mungkin dalam maksud itulah saya rasa (Mahathir) mengharapkan Abdullah untuk mengikut nasihatnya...," katanya lagi.
"Tetapi pastinya ada elemen bahawa (Mahathir) betul-betul inginkan perhatian dan sukar baginya untuk diketepikan (dan menyebabkan Mahathir) menulis perkara yang ekstrem dalam blognya," katanya lagi.
Mahathir bakal berkonflik dengan Najib?
Tambahnya, Mahathir kini turut "menjengkelkan" pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak, namun ia belum membawa ke kancah konflik secara terbuka.
"Saya tidak maksudkan dia mengerahkan dasar atau (maksud sebegitu), tapi saya rasa dia masih boleh menyukarkan (pentadbiran) kerajaan.
"Bu
at masa ini dia belum terheret ke kancah konflik secara langsung dengan Najib, tidak seperti (pertembungan) beliau dengan Abdullah.
"Namun begitu, saya rasa dia sedikit sebanyak telah menjengkelkan Najib. Kita akan lihat jika ia akan membawa kepada konfrontasi," katanya lagi.
Wain turut menyentuh soal pemberian lesen judi sukan, yang berkait rapat dengan sikap dan gaya pentadbiran ketiga-tiga tokoh.
Katanya, pentadbiran bawah Abdullah Badawi mula mengetahui bahawa Tan Sri Vincent Tan telah diberikan lesen perjudian tersebut pada 2003.
"Pentadbiran Abdullah berkata mereka tidak tahu (lesen) itu dikeluarkan pada 2003. Saya ada bertanya kepada Dr Mahathir mengenai perkara itu tapi tidak mendapat apa-apa jawapan yang munasabah.
"Banyak lagi cara yang dilakukan oleh kerajaan pada masa sekarang yang kurang telus. (Rakyat) akan lebih gembira jika (kerajaan) lebih terbuka, membuat lebih banyak penjelasan tentang apa yang berlaku dan apa yang mereka akan lakukan,"
Apapun, perjudian sukan itu nampaknya hendak "diperkenalkan secara senyap-senyap" oleh kerajaan, kata Wain.
23 May 2010
Mahathir bakal berkonflik dengan Najib?
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
madey
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
6 Komen :
Selagi tertegaknya bangunan KLCC, KLIA, Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi pembangunan termasuk Putrajaya yang Nuar Berahi nak sangat tu....maka selagi itulah jasa dan bakti Tun Mahathir tak akan pudar....yang akan pudar adalah nicol ajis(n.ajis), Lim Entah bila malam, Kapal karam sinki, Al juburi waliwati(wali Jubor), Lim kong Guan Eng(biskut kong Guan)...
Manusia yang berkarat daki biru aje yang tutuk macam anonymous 10:15 di atas tu.....bangangnya macam tak pernah ke sekolah.
Kena tipu pun tak apa...kalaulah semua rakyat negara ni macam dia alamat hancur turun bala.
berdaki biru boleh tahan lagi jangan berlumut dan berkahak hijau..bala doa dah turun kat kelantan tengoklah apa dah jadi dgn pentadbiran pok nik sekarang dilanda 3K..kroni,korup,kuasa...
ya org akan mengingati pok nik tapi dalam kontek.. cakap tak serupa bikin atau hri ni cakap lain esok boleh reverse 360darjah cakap lain..ataupun sedara seislam dicaci hina si kafir dipuja dipeluk mesra..ataupun apabila melayu ingin bersatu dia yg menjadi batu (penghalang) .itulah yg akan org kenang bila sebut nama poknik
Anom biru karat.. Bala apa yang turun di kelantan.. Cerita sikit.. Hehehe.. Pentadbiran TGNA tonggang langgangkah? Aku tgk ok saja.. Kalau kau nak kaitkan dengan pendedahan kickdefella hari tu, tok sah mimpi la.. Tak tersentuhpun kerajaan kelantan dengan pendedahan blogger haprak tu..
Kalau kau maksudkan pula dng kemelut istana kelantan.. hehe.. mimpi disiang hari lah kau..
buat pengetahuan anon 10.15,aku org JOHOR yg bekerja d kelantan dah 22th..seronoknya dok kat kelantan ni mcm berada d MEKAH...dan x terasa skit pun nak pulang ke JOHOR...klu aku org luar berperasaan begini apalagi anak jati negeri KELANTAN ini...kau pikir lahh bukan aku aje malah ade ramai lg org luar yg hendak terus menetap di KELANTAN yg aman damai ini,bodo lah engkau klu teori kau sama mcm DENGAR GURUH D LANGIT..AIR TEMPAYAN DI CURAHKAN..TP HUJAN X MENJADI..
% rasa nak tonggeng punggung, kau bandingkan TGNA dgn dr. al-Kutty, siap kutuk pula tu".
Malas aku nak lawan penyokong penyamun harta rakyat ni, begini aje lah
1- "kau jemput dr.Kutty ceramah di stadium Shah Alam, aku pula jemput TGNA di stadium bukit jalil, tenguk yang mana penuh, kau akan tengok nanti di stadium shah Alam, bukan dipenuhi orang, tapi dipenuhi katak-katak!.
2- "Kau tak setuju tempat tu, ok! kau jemput dr.kutty solat jumaat di masjid negara, aku jemput TGNA solat jumaat di masjid jameek, kau akan tengok nanti, tok imam masjid negara kata tak boleh buat jumaat hari ini, makmun tak cukup 40 orang!
3- Ok, kau kata mestilah menang TGNA, buat di masjid, kita buat tempat lain, kau jemput dr. Kutty ke Hollywood planet, aku jemput TGNA ke konsert AMY SEARCH, kau tengok nanti gelas dan botol di HP tak terusik, semua ahli botol dan ahli rock pergi konsert, bukan apa nak berebut cium tangan TGNA. Kau tak percaya?, pergi tanya AMY, mana tangan yang beliau nak cium, tangan TGNA atau tangan dr.Kutty. Tak percaya lagi! tanya pada M.Nasir, Mawi al-Botak, adik manja siti nurhaliza, adik Wardina, kak besar Syarifah Aini.
peniiiiiiiiiiiiiing kena sebiji.
Post a Comment