BlogList Malaysia

23 May 2010

Jawapan Untuk Orang-Orang Sebodoh Ibrahim Ali Dan Pengampu Umno

Ibrahim Kataki Buta Kayu.. Kerajaan Pusat Berkuasa Penuh Luluskan Judi, Bukannya Kerajaan Negeri


Ibrahim bertegas sekiranya PAS betul-betul konsisten dalam isu ini tiada alasan bagi mereka untuk segera bertindak menghapuskan judi kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. "Sesuatu lesen judi termasuklah lesen empat ramalan nombor ekor, lesen loteri, kilang arak dikeluarkan mesti dengan mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan. "Bila di bawah kuasa kerajaan tempatan, maknanya kerajaan tempatan berkuasa pada bila-bila masa untuk menarik lesen itu, tapi kenapa mereka tidak buat begitu sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang menarik semua premis judi nombor," katanya.

Kah..kah..stupid..ops, bodoh..ops..kurang berilmu..Ibrahim Ali kan penggubal dasar, takkan dia tak tahu yang lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan pusat. Iaitu BN yang memerintah negara ini sejak 53 tahun lalu. Buktinya, Ibrahim katak, cuba check undang-undang di bawah ini :


a) Perlembagaan Persekutuan,

b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

c) Akta Pertaruhan Pool 1967

d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948

Perlembagaan Persekutuan

JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]

Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(l) Pertaruhan dan loteri

Dan negeri hanya kawal panggung wayang sahaja..

Senarai II—Senarai Negeri

(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.

Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan.

Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.

Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Harus diingat, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi. Macamana nak hadkan judi kalau guna secara online..tanpa premis..tak boleh nak tutup pusat judi jika ada lesen. Macam di Genting Highland, ada berani ke UMNO Pahang atau Jaip pergi tutup pusat judi tu? tentu jawapannya tidak.

Jadi kerajaan negeri hanya boleh kawal judi untuk umat islam sahaja, bukannya lesen judi..ini boleh dilihat dalam enakmen negeri masing-masing..

Sebagai contoh Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 yang menyatakan : "Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya"

Kalau hujah negeri PR boleh sekat judi, itu hujah dangkal kerana kerajaan negeri tiada kuasa..hanya ada kuasa berkaitan premis judi sahaja. Kalau guna online, kerajaan negeri mana boleh sekat judi tanpa premis ini..

Tu lah padahnya lantik katak jadi ahli Parlimen..merapu je kerjanya. Kenapa tak desak lesen judi diharamkan, yang secara automatik premis judi itu tiada..Apapun buat Ibrahim Ali, anda perlu tahu bahawa katak tak layak masuk Parlimen. Katak hanya layak duduk di zoo negara, untuk dijadikan makanan buat ular-ular sawa di sana..




Sumber - Justice For All

3 Komen :

dlines May 23, 2010 at 6:48 PM  

dah bertahun2 makan dari hasil judi AGAKNYA, jadi macammana nak batalkan.sush bee.brahim sengal ni janganlah dok hentam orang lain,awak ahli perllimen kata ada suara.dan konon islam pulak tu.CAKAPLAH DALAM PARLIMEN MINTA BATALKAN SEMUA LESEN22 YANG PADA RASA FIKIRAN BRAHIM HARAM DALAM ISLAM.DOK BERKOKOK2 SANA SINI DENGAN PERKASA BUAT APA.MALULAH AKU ADA PEMIMPIN SENGAL MACAM INI.

azman kamarul May 23, 2010 at 11:45 PM  

Siapa yang iktiraf orang macam ni pemimpin?...malulah negara ini macam negara tak bertamadun..macam tak ada orang lain yang boleh jadi pemimpin.

Orang macam ni layak jadi pemimpin kepada orang-orang yang ada kat hospital bahagia tu...baru kena buku dengan ruas.

Anonymous ,  May 24, 2010 at 10:35 AM  

kah kah kah!
"baca al-baqarah, salah satu bentuk bala adalah "difdak", apa itu "difdak"?, katak, katak, katak. macam mana katak boleh jadi bala'?. tak bala'apa lagi!, tengok aje Brahim katak puru, bala' besar kepada orang melayu, nampak sangat melayu bodoh, sebab Brahim katak dakwa beliau pejuangan melayu tulin, tulin kepala otak kau".
kah kah kah!
"kau orang pun satu, bawa bukti berbungkus-bungkus, konon nak tunjuk kpd Brahim katak, tak tahu lagi ke, dia ini tuli, buta dan pekak.
kah kah kah
"skrg brahim katak gila talak, kami UMNO pasir mas tak akan terima katak, tak sanggup pikul biawak hidup, biar dia masuk PAS, biar PAS pun jahanam bersama brahim, biar brahim tipu ust. wail dan hamid sekali lagi.
kah kah kah!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas