Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak kecewa, sebaliknya melihat kritikan perbahasan perwakilan Kongres Nasional Keenam hari ini sebagai cabaran untuk memantapkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga tidak menganggap kritikan dan pandangan sebagai serangan ke atas dirinya, sebaliknya ia dilihat sebagai usaha untuk mengemaskan parti dan pentadbiran kerajaan negeri.
“Tidak, tidak saya tidak kecewa. Sebaliknya, saya gembira kerana ada pandangan yang diberikan merupakan maklum balas untuk menguatkan PKR khususnya di Selangor,” kata Khalid ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.
Khalid yang juga Pengerusi PRK berkata, pandangan-pandangan yang diperlukan merupakan “Satu bentuk peringatan” untuk meningkatkan proses komunikasi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Khalid juga mengakui sebagai pemimpin wajar mendengar input-input yang diberikan oleh perwakilan.
Sebahagian besar perwakilan melahirkan kepentingan Selangor dalam perjuangan untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun mereka juga mengakui bahawa Selangor juga boleh jatuh jika PKR tidak menangani isu-isu yang dihadapi negeri itu.
29 May 2010
Khalid: Saya tak kecewa, kritikan perwakilan satu cabaran
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
khalid
,
konvensyen
,
pkr
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment