Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini.
ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik".
"Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini.
"Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik," katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian.
"Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh polis sendiri, untuk mengambil tindakan," katanya.
"Tapi kalau ada kempen menentang perjudian, lebih mudah untuk menangkap mereka yang terbabit jika ia disahkan, jadi ia merupakan satu bentuk kawalan," tambahnya.
Namun, beliau segera menambah bahawa judi dilarang dan ditolak oleh setiap agama.
Lim membuat keputusan itu mengikut Perkara 101 (v) Akta Kerajaan Negeri di mana majlis tempatan diberi kuasa untuk menangani isu-isu mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan perbandaran.
Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak semalam, Lim berkata, negeri itu ingin mempromosikan "gayahidup yang lebih sihat dan lebih bertanggung jawab" untuk semua keluarga di Pulau Pinang, dan kerana itu memutuskan untuk melarang kegiatan tersebut.
Khamis lalu, beberapa majlis tempatan di Selangor turut mengambil langkah membekukan pengeluaran lesen premis judi yang menawarkan judi pertaruhan bola sepak.
Ia bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa, dan diikuti oleh Selayang dan Ampang Jaya.
29 May 2010
Muka Judi Pertahan Judi Bola
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
ariff shah
,
bola
,
judi
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Tak apa , walaupun permainan politik wahai YB SEBERANG JAYA , sekurang-kurang dia telah buat sesuatu yang baik dan lebih baik daripada apa yang pemimpin utama UMNO dan pencacainya buat.
Dia tu tiada akidah tetapi buat yang betul dan benar...bagaimana dengan pemimpin umno dan kamu wahai YB SEBERANG JAYA bercakap siang malam pasal nak tegakkan Islam di negara ini tetapi malang sungguh pengundi Melayu(yang mengaku Islam)pemimpin-pemimpin umno bukan menegakkan Islam di negara ini TETAPI MENEGAKKAN JUDI DI NEGARA INI.
Cuba fikirkan mana yang baik?
Post a Comment