Ahli Parlimen Kapar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikavasagam mendapati dua kereta miliknya dan isteri yang diletak di rumah di Meru disimbah cat merah pagi ini.
Satu kertas bersaiz A4 bermesejkan ugutan bunuh dikepilkan pada salah satu beg berisi cat tersebut.
Mesejnya berbunyi: "Jangan campur issue pasir. You mati.”
Manikavasagam berkata tiga beg berisi cat merah dibaling dari luar ke anjung dan mengenai dua kereta itu.
Menurutnya, beliau melihat cat itu mengenai keretanya kira-kira 7 pagi selepas bangun.
Beliau percaya serangan tersebut dilakukan selepas ibu mertuanya tidur kira-kira 4 pagi ini.
Sebelum ini, Manikavasagam, mendedahkan kerajaan Selangor kehilangan hasil pendapatan lebih RM10 juta berikutan pembabitan tiga pegawai kanan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat milik kerajaan negeri dalam kegiatan melombong pasir secara haram.
Katanya, beliau pernah menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon.
16 May 2010
Kereta Disimbah Cat Dan Ugutan Bunuh
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment