Barisan Nasional (BN) ada cara sendiri untuk mengambil kembali negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, bukan dengan memujuk wakil rakyat melompat menyertai BN, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Ahli Parlimen Jerlun ini berkata, BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai Pakatan Rakyat mendapat sokongan rakyat.
“Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan,” katanya di Pulau Pinang.
Beliau mengulas kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS-PKR-DAP dan cakap-cakap politik kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan. Pendekatan BN guna untuk mengambil alih Perak awal tahun lalu, ekoran tindakan tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti, masih menjadi sebutan.
Dipetik Bernama, Mukhriz memberitahu ia hanyalah khabar angin semata-mata dan tiada tindakan lanjut untuk mengesahkan spekulasi berlaku.
Pemimpin Umno Kedah sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa kemungkinan dua Adun Pakatan Rakyat akan keluar semakin cerah dan jika ia berlaku kemungkinan akan memaksa DUN dibubarkan ataupun boleh membuka laluan kepada BN mengambil alih kerajaan.
Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengetepikan amaran wakil rakyat Bebas Zulkifli Noordin tentang kemungkinan episod “Perak Kedua” sambil menegaskan, tidak akan membubarkan DUN buat masa sekarang.
Azizan juga mengesahkan beliau tiada rancangan untuk mendapatkan perkenaan Sultan Kedah bagi membubarkan DUN memandangkan tiada tanda-tanda akan wujudnya kemungkinan keluar parti.
Zulkifli memberitahu The Malaysian Insider, dua Ahli Parlimen dan seorang Adun akan keluar dalam waktu terdekat.
Tindakan itu menurut wakil rakyat Bebas ini, boleh menyebabkan tumbangnya satu lagi kerajaan negeri mirip Perak awal tahun lalu.
Pakatan Rakyat kini memimpin Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Kini tumpuan menghala ke arah Kedah kerana perbezaan kerusi antara Pakatan Rakyat dan pembangkang termasuk BN cuma empat. Daripada 36 kerusi di DUN, Pakatan Rakyat mempunyai 20 kerusi dengan PAS memiliki 16, PKR tiga dan DAP satu manakala BN pula 14 dan dua lagi merupakan wakil rakyat Bebas yang pro-BN.
Bulan lalu, Azizan ada memberitahu bahawa beliau akan memohon pembubaran DUN jika ada lagi yang memutuskan untuk keluar parti.
Kaki pelancong terpaksa dipotong semasa berkayak
54 minutes ago
2 Komen :
kah kah kah,
maruah tu apa mukhriz?, arwah ke? kalau arwah tu, gelaran untuk orang mati. Kawah pula apa? kawah alat orang masak gulai arwah.
Mukhriz, Kepala otak kau, maruah!. yang bapak kau anak beranak samun harta negara ada maruah ke?.
Itu bukan maruah.. itu BARUA... hahaha
Post a Comment