ALOR SETAR - Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Kedah tetap setia dengan Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan tidak akan goyah dengan tawaran pihak pembangkang yang mahu menumbangkan gabungan itu.
ADUN Kota Darulaman, Lee Guan Aik berkata, dakwaan yang mengatakan beliau mahu lompat parti bersama tiga lagi ADUN yang juga Exco Kerajaan Negeri adalah tidak benar sambil menyifatkannya sebagai khabar angin yang karut.
“Saya berdiri teguh menyokong kerajaan PR Kedah yang diterajui Pas. Segala tohmahan yang mengatakan akan ada pilihan raya negeri dalam masa terdekat mungkin strategi terdesak pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab,” katanya.:
Guan Aik tidak menafikan kemungkinan khabar angin itu disebarkan oleh Barisan Nasional (BN) yang tidak senang melihat kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri yang semakin disenangi rakyat.
ADUN Bukit Selambau yang juga Exco Kerajaan Negeri, S Manikumar berkata, apa yang disebarkan itu hanyalah khabar angin yang digembar-gemburkan pihak tertentu yang mahu melihat PKR Kedah hancur.
“Saya seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah lupa budi rakyat yang mengundi saya dalam pilihan raya kecil lalu. Kenapa pula saya mahu lompat parti, sedangkan saya selesa dengan pentadbiran sedia ada,” katanya.
Manikumar berkata, desas desus yang menyebut dirinya akan mengikut jejak ADUN Bakar Arang, Tan Wei Shu sudah lama didengarnya dan sudah lali dengan tohmahan itu.
“Saya hanya akan berundur daripada dunia politik sekiranya tidak lagi mendapat kepuasan dalam tugas sebagai ADUN atau Exco termasuk diperkotak-katikkan pihak tertentu, namun tidak sesekali meninggalkan PKR,” katanya.
Beliau menasihatkan pihak terbabit yang mahu mengucar-ngacirkan keadaan supaya berhenti segera dan menerima hakikat pemerintah di Kedah adalah di bawah PR.
ADUN Kulim, Lim Soo Nee akan tetap setia pada PKR dan pendiriannya tidak mudah goyah hanya disebabkan tawaran wang ringgit mahupun jawatan tinggi.
“Saya tidak akan sesekali khianati amanah rakyat yang mengundi saya. Saya ingin tegaskan saya masih setia dengan PR,” katanya
2 lemas, 1 hilang mandi laut di Papar
1 hour ago
0 Komen :
Post a Comment