BlogList Malaysia

24 April 2010

Teknik Menyerang Peribadi Anwar Meloyakan Pengundi Hulu Selangor


Seluruh jentera pilihanraya UMNO/BN tidak boleh diharap. Timbalan Presidennya yang banyak bercakap merapu sehinggakan orang india dan cina pun tak faham dia cakap. Dia kata dia bukan rasis, semacam beri gambaran, Umno itu rasis kecuali dia sorang tidak rasis.

Itulah gambarannya sehinggakan Presidennya sendiri terpaksa berkampong untuk memberi penerangan disaat akhir kepada penduduk Hulu Selangor. Keadaan Umno/BN menjadi bertambah kusut apabila Pakatan Rakyat didatangi Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang baru pulang dari menunaikan Umrah di Mekah.

Orang india dan cina lebih percayakan TG Nik Abdul Aziz daripada jentera yang saban hari menaburkan fitnah, apatah lagi orang Islam. Tak mungkin seorang yang kaya dengan pengalaman dan ilmu boleh 'geromal' mem'buta-tuli'.


Seboleh-bolehnya semacam Umno/BN ingin melanjutkan lagi tempoh berkempen untuk 'counter' semula apa yang TG Nik Abdul Aziz perjelaskan kepada penduduk setempat, tetapi apakan daya, masa terlalu suntuk.

Dikhabarkan rupa-rupanya teknik menyerang peribadi calon dan serangan berhabis-habisan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi senjata makan tuan. Rata-rata orang melayu yang bersembang di warung-warung kopi mengatakan Umno/BN bertindak melampau batas adat dan kesusilaan orng-orang melayu yang Umno sangat bangga-banggakan.

Rayuan demi rayuan dibuat oleh Presidennya, namun penduduk setempat telah menetapkan 'mindset'nya.

Mereka bersepakat memilih calon PKR/Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zaid Ibrahim kecuali pengundi totok Umno. - al-brangi

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas