Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa mengesahkan pihaknya telah mengesan 65 buah bas yang telah disewa dan dipercayai akan digunakan untuk membawa pengundi hantu.
Beliau menjelaskan Umno-Barisan Nasional akan menggunakan taktik kotor pada pilihan raya kali ini seperti yang sebelumnya bagi memastikan kemenangan mereka.
"Kita telah mengenalpasti terdapat 65 buah bas telah di sewa yang akan digunakan pada pilihan raya kecil kali ini.
"Kita jangkakan mereka akan menggunakan bas tersebut untuk mengangkut pengundi hantu untuk dihantar ketempat mengundi bagi memberi sokongan kepada mereka," jelasnya.
Fariz juga mengarahkan semua petugas agar membuat pemantauan jika adanya kehadiran bas yang mempunyai mencurigakan.
"Saya mengarahkan petugas yang membuat pemantauan ini melaporkan segera kepada bilik gerakan sekiranya terdapat bas yang mencurigakan memasuki kawasan Hulu Selangor ini dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
"Kita hanya memantau pergerakan kenderaan yang mencurigakan dan belum merancangkan apa-apa tindakan lagi terhadap kenderaan yang tersebut. Setakat ini kita mengenaipasti sebuah Harrier bernombor 4545 berwarna hitam berada di Kuala Kubu Baharu yang dilihat telah mengedar risalah berunsur sabotaj.
"Disaat-saat akhir ini Umno akan menggunakan pelbagai dan pendekatan untuk menimnbulkan suasana yang tegang agar pengundi takut unuk kelaur mengundi esok. Kita akan terus menantau pergerakkan kenderaan yang mencurigakan ini dan tindakan akan diambil jika didapati penglibatan mereka menyalahi undang-undang," sambung Fariz lagi.- sk
25 April 2010
65 Bas Sewa Disyaki Bawa Pengundi Hantu Dikesan Bergerak Ke Hulu Selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Aku dengar ucapan Najib dlm berita. Kesimpulan yg aku buat bila mana aku dengar ucapan itu ialah BN memang akan menggunakan pengundi hantu untuk memenangi pilihanraya esok. Najib menggesa agar semua pengundi tidak mengabaikan tanggungjawab untuk mengundi. Dia juga menggesa agar pengundi Hulu Selangor yang tinggal di luar pulang mengundi. Bagi aku pesanan itu adalah perkara biasa. Tapi yang aku teramat musykil apabila Najib mengeluarkan kenyataan berikut :
"Seandainya peratusan yang keluar mengundi adalah tinggi, maka sudah pasti BN akan memenangi pilihanraya ini malah dengan majoriti yang lebih besar lagi"
Aku teramat pelik kenapa Najib begitu yakin kalau peratusan mengundi tinggi maka BN akan menang dengan majoriti yang lebih tinggi. Teori apa yang Najib pakai?
Post a Comment