PAS Sedia Terima Zulkifli Nordin
PETALING JAYA: PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.
"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.
"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.-Mstar
Tiada peluang Zulkifli kembali pada PAS
Ahli parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin - yang tersepit kedudukannya dalam PKR – mungkin tidak berpeluang lagi berpatah balik kepada parti asalnya PAS, jika disingkirkan dari PKR.
Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayangkan gelapnya masa depan wakil rakyat kontroversi itu, termasuk tidak berpeluang bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang atas tiket parti Islam itu.
“Pernah jadi (calon) sekali, lepas itu tidak jadilah,” katanya.
Zulkifli yang terkenal dengan kelantangannya dalam isu-isu Melayu-Islam kini dihadapkan ke lembaga disiplin PKR kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Zulkifli pernah menjadi ahli PAS dan bertanding atas tiket parti itu di Kuala Langat dalam pilihan raya umum 2004 tetapi tewas di tangan calon BN, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.
Empat tahun selepas itu, Zulkifli secara tidak dijangka, sekali lagi terpilih bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi memakai logo PKR.- mkini
07 March 2010
Tuan Ibrahim Tak Rujuk Mustafa Ali Dulu Ke? Main Hentam Cakap Saja..
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Saya sebagai ahli PAS tak setuju jika orang yang dilihat amat teruk prestasinya di kawasan yang diwakilinya dipungut oleh PAS. Tak lihatkah apa yang dibuatnya pada MP Shah Alam?
Ini bukan masalah memungut paper lama, atau besi buruk yang masih ada harga jika dikutip. Ini masalah cuba memungut tisu yang bercalit najis untuk diletak di dalam poket.
Jadi, pleaselah... jangan keluarkan kenyataan bodoh ini lagi. Ahli politik kenalah berfikiran macam ahli politik, tapi pada masa yang sama bertindaklah dengan cara yang bijaksana ikut keadaan.
Post a Comment