Islam Tidak Ajar Sembahyang Minta Bencana Kepada Sesama Umat - Jamil Khir
ALOR SETAR: Islam tidak mengajar umatnya bersembahyang hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan bencana kepada golongan seagama dan hukumnya adalah berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Saya tidak mahu menggelar mereka golongan apa, tetapi mereka ini termasuk dalam orang-orang yang menyalahgunakan agama demi kepentingan politik.
"Perkara ini (sembahyang hajat memohon bencana) tidak diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang yang dilaporkan memberi tempoh tujuh hari kepada Mohsin Fadzli Samsuri untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah, kerana dikatakan mengkhianati perjuangan parti.
Anggota Parlimen Bagan Serai itu keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu dan menjadi wakil rakyat bebas setelah dikatakan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.
Kedah: Tiga termasuk suami isteri maut kemalangan
16 minutes ago
3 Komen :
Cuba suruh si Jamil ni bagi penerangan pada katak2 pondan yang dalam Islam menghianati undi rakyat pun masuk dalam ketegori yang tak dibenarkan...ada berani tak dia?
Nak gelar golongan apa pulak orang yang macam ini, harap agama jer pandai?
Jamil ni harap misai saja tebal.. Teloq tak dak..
ish...ish....ish...MA'SYA'ALLAH, camana mangkok ni boleh jaga hal ehwal islam,bukan seagama tapi sebangsa, sampai tak kenai antara melayu dan islam adalah 2 perkara yg berbeza.awat dalam umno tu semuanya islam ka? yang saya tau dlm umno tu ramai melayu tapi belum tentu islam tapi dalam PAS insyallah semua PAS,lagi baik suruh dia jaga macam2 penyakit kronik gejala murtad,maksiat,rasuah,sosial remaja,aurat pemimpin umno dia tak kalut pun nak komen,tapi kalau kena kat PR kelamkabut dia nak kondem. kalau la Nabi Musa a.s masih hidup apa pulak si Jamil Misai Lenting ni nak kata, sebab Nabi Musa A.S pernah berdoa pada ALLAH agar dihancurkan kerajaan firaun laknatullah.
Post a Comment