Umno pelawa Zulkifli guna platformnya
Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, mempelawa Zulkifli Noordin yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menjadikan Umno sebagai platform untuknya terus berkhidmat kepada rakyat.
"Memandangkan YB Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang sudah dijalankan Umno selama ini", katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Beliau juga berkata, pemecatan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu menjadi bukti jelas bahawa PKR tidak membenarkan proses demokrasi berjalan di dalam parti pembangkang itu.
"Pendirian parti ini untuk menyelesaikan masalah besar hanya ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin yang mementingkan populariti dan kepentingan jawatan mereka saja," katanya.
Zulkifli yang dipecat semalam berkata, beliau mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
- Bernama
07 March 2010
Tu Dia Zul, Umno Dok Pangge Tu.. Demi Kalimah Allah..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
zul kulim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
tunggu apa lagi YB zulkatak..pi la cepat,umno dah offer tu pi la, mana tau nanti umno berubah hati kurangkan RM yg dia offer tu lagi susah. cepat...cepat..RM....RM.....dok tunggu.
umno cakap pasai demokrasi,uwek....uwek...nak termuntah aku dengaq.boleh dak bagi tau kat aku wahai hardcore umno awat umno tak pernah pecat ka ahli dia selama ni? Tun M,Tunku ramai lagi pemimpin2 umno kena pecat sebab apa? sebab depa ni tak leh sehaluan ngan dengan bos depa yang asyik dok makan sorang2.pasai tu la depa ni kena sebab depa pun nak habuan sama mcm bos2 depa dapat.berbeza ngan Pakatan Rakyat pecat ahli nya adalah disebabkan oleh melawan arus dasar yg ditetapkan oleh Pakatan Rakyat.inilah bezanya antara intan dan kaca.kalau tak caya pi tanya YB Ibrahim "katak" Ali.
Post a Comment