BlogList Malaysia

15 March 2010

Pemimpin Agung Berjiwa Rakyat


Jika dilihat daripada gambar di atas tidak melambangkan apa-apa maksud yang tersirat apatah lagi yang tersurat. Kalau penyokong PAS atau UMNO lihat gambar di atas pun biasa sahaja. Gambar orang sedang makan nasi bungkus. Apa salahnya?

Memang tidak jadi salah. Cuma aku nak tanya pada semua rakyat Malaysia ada tak korang pernah nampak Tok Guru Nik Aziz makan kat warung? Kalau tanya orang di luar Kelantan memang depa semua tak pernah nampak.
Baiklah aku tanya korang pula pernah nampak PM kita DS Najib makan mi mamak ka? Aku rasa orang Pekan sendiri pun tak pernah nampak Najib masuk warung order milo ais kan? Memang glamor habislah 'Che Bedah' kat belakang tu. Apa tidaknya MB Kelantan makan kat warung dia.

Kalaulah Najib dengan segala menteri kabinet semasa turun jumpa rakyat apa salahnya singgah kat warung tepi jalan minum kejap. Inilah makanan dan minuman rakyat yang tidak pernah korang kecapi di hotel atau restoran mewah.

Tapi apakan daya. Inilah rupa perwatakan dua pemimpin Islam di Malaysia. Tok Guru seorang yang berakhlak mulia tapi Najib 'gaya mau ada'. Lu pikirlah sendiri.

Sumber - Tinta Hijau

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas