Gila apa lagi mangkuk ni.. Dah dipecat dari PKR dan pembangkangpun masih nak sibuk pasal ketua pembangkang dalam dewan rakyat esok. Hang tu bukan sebahagian dari PKR dan Pakatan Rakyat lagi yop. Jadi tok sahlah dok sibuk hal yang membabitkan pembangkang. berdasarkan prinsip 'amalan berparlimen sejagat serta nilai demokrasi' konon. Buat lawak la pulak hang. Prinsip hang dengan pengundi Kulim macam mana pulak? Tok sah lah dok sembang pasai prinsip pengkhianat oi.. Buat malu keturunan saja..
Jadi kalau mengikut konvensyen berparlimen dan nilai demokrasi, seharusnya YB DSAI mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada YB Lim Kit Siang. Sebenarnya itulah cara terbaik dan paling demokratik yang patut dilakukan oleh YB DSAI. Kalau saya menjadi penasihat strategi dan politik DSAI, saya akan menasihatkan beliau supaya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang. Saya cukup pasti kalau itu dilakukan, rakyat akan lebih menghormati YB DSAI kerana akan dilihat tidak memmentingkan jawatan, dan bersikap menghormati nilai demokrasi yang dilaungkan oleh PKR. Dan saya cukup pastikan DAP & PAS membawa usul dalam Parlimen supaya YB DSAI dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang. Dan semasa usul serta bahas, saya akan nasihatkan YB DSAI supaya jangan berada didalam Dewan. Dan saya cukup pasti BN tidak akan membantah usul itu kerana ianya tiada kena mengena dengan BN, walaupunmungkin satu dua MP BN akan dipasang untuk membantah, adatlah tu. Dan apabila usul diluluskan, saya akan minta YB Tan Sri Speaker menjemput semula YB DSAI memasuki Dewan dan mengambil semula kerusi Ketua Pembangkang. Sikit punya cantik strategi sebegitu. YB DSAI tidak akan dilihat terlalu mahukan jawatan, DAP & PAS akan dilihat sebagai penyokong setia PKR, dan rakyat akan bersimpati dengan YB DSAI.
Tetapi malang kerana saya percaya YB DSAI telah diberi nasihat yang salah. Saya cukup yakin Fir'aun-Fir'aun Kecil yang mengelilingi YB DSAI telah mempengaruhi beliau dengan menyatakan bahawa dari segi undang-undang tidak jadi masalah untuk YB DSAI terus berpaut kepada jawatan Ketua Pembangkang walaupun PKR sudah hilang majoriti. Dan saya cukup yakin Fir'aun-Fir'aun Kecil tersebtu meyakinkan YB DSAI bahawa DAP & PAS akan menyokong.
0 Komen :
Post a Comment