Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.
Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.
Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.
“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.
Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan menteri besar dari PAS hanya bertahan 10 bulan.
Ia digulingkan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar PKR dan DAP, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.
05 March 2010
Harussani Dakwa Pas Angkuh Tolak UG
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
harussani
,
krisis perak
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 Komen :
Jika apa yang dilaporkan benar maka saya membuat kesimpulan bahawa Harussani:
1.tidak cerdik berpolitik, kerana ust. Ahmad Awang mana layak buat keputusan. Saya tidak yakin Presiden dan mursidul Am melepaskan keputusan kepada Pas negeri,
2.yang dia galak masuk campur dalam hal politik buat apa. Sebagai kakitangan kerajaan buatlah kerja yang ditugaskan.
3.soheh dia kaki bodek sultan.
Memang wajar pun kalau PAS angkuh, kerana UMNO lebih angkuh terhadap Allah-lebih kurang kufur jugalah tu. Seburuk-buruk keangkuhan Iblis kerana enggan sujud pada Nabi Adam. Tetapi UMNO lebih angkuh kerana enggan sujud melaksanakan perintah Allah sebaliknya menentang secara terbuka dengan mempersenda-sendakan perintah Allah, suruhan RasulNya dan juga pengganti-pengganti Nabi yakni ulama.
Harussani, Semoga Allah akan menggembirakan engkau jika engkau berada pada pihak yang benar-benar ikhlas kepada menegakkan agama Allah. Namun jika engkau berada di pihak yang salah, semoga Allah mendukacitakan engkau bermula sekarang hingga hari akhirat.
rambut sama hitam.. jubah sama putih.. hati lain-lain
masa masuk liang lahad, masa berhimpun di padang masyhar, masa mengadap Allah swt nanti baru kita tau sapa yg ikhlas dan amanah :)
Post a Comment