BlogList Malaysia

05 March 2010

Kecewa Tak Dapat Jadi CEO Punca Mangkuk Nie Lompat

Pejabat menteri besar Selangor mengesahkan bahawa bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat menteri besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan Salehudin dan beliau pernah ditemuduga oleh jawatankuasa pemilihan.

Bagaimanapun, menurutnya, jawatankuasa pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.


"Kenyataan ini dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar mengenai Salehuddin apabila nama KPS dikaitkan dengan kontroversi punca peletakan beliau meletak jawatan setiausaha agung PKR," kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dilaporkan berkata Salehuddin marah apabila permohonannya untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

Syed Husin juga menafikan anggapan bahawa PKR mendapat khidmat Salehudin secara percuma.

Sebaliknya, kata timbalan presiden PKR itu, Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan dan bayaran ini dibuat bukan oleh parti, tetapi oleh seorang penyokong.

Salehuddin pula, dalam reaksinya, menyindir Syed Husin sebagai "buluh tua" dan "kebudak-budakan" kerana mendakwanya mahukan kedudukan dalam syarikat kerajaan negeri itu.

Salehuddin menyifatkan kenyataan Syed Husin itu sebagai melucukan dan tidak patut ditimbulkan.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas